(SEMASA) PENGHORMATAN UNTUK YANG BERGELAR BAPA OLEH HABIB

Spread the love

Bapa adalah ketua keluarga yang sentiasa bekerja keras demi memberi kebahagiaan dan kesempurnaan kepada seluruh ahli keluarganya. Dalam sesebuah keluarga, bapa merupakan antara individu yang paling penting dalam mencorak kehidupan anak-anak. Meskipun syurga di bawah telapak kaki ibu, namun bapalah yang menjadi ‘hero’ dan sanggup mengerah keringat dalam memastikan keperluan orang tersayang dipenuhi.

Meskipun sibuk dengan tugasan harian mencari rezeki untuk keluarga, seorang bapa tetap akan mencari masa untuk diluangkan bersama anak dan isteri tersayang di rumah bagi sentiasa mewujudkan keakraban hubungan dengan seisi keluarga. Dengan ini, jasa seorang bapa sememangnya tiada tolok bandingnya dan sukar untuk dibalas. Oleh itu, kita patut merebut apa sahaja peluang, tidak kira bila dan di mana jua untuk menunjukkan rasa penghargaan, kasih sayang dan hormat kita kepada insan yang bergelar bapa ini.
 
KASIH BAPA MEKAR DI HABIB
 
Meskipun lebih sinonim dengan barangan kemas dan perhiasan buat golongan wanita, HABIB juga tidak melupakan kaum Adam yang menjadi pelindung dan pelengkap sesebuah keluarga. Malah, rekaan-rekaan perhiasan eksklusif HABIB khusus untuk lelaki amat sesuai dijadikan hadiah pemberian yang sempurna, sama ada untuk bapa, bapa mertua, mahupun untuk pasangan tersayang iaitu suami kerana ia direka teliti menggunakan campuran elemen, warna dan simbol yang tertentu bagi menggambarkan perasaan cinta dan kasih.
 
Antara yang menjadi tarikan dalam koleksi terbaru HABIB termasuk set Butang Baju Melayu yang diperbuat daripada perak paladium bertatahkan berlian dan batu permata yang penuh kilauan. Set ini boleh didapati dalam pelbagai rekaan berciri unik dengan pilihan pelbagai warna yang menarik seperti merah, biru, putih dan hijau yang mana ianya dapat disesuaikan mengikut personaliti seseorang bapa.
Selain itu, penghargaan kepada insan yang bergelar bapa juga boleh dizahirkan dengan menghadiahkan sebentuk cincin berlian atau batu permata menawan yang tidak menerapkan unsur emas, sebaliknya menggunakan logam perak paladium. HABIB turut menawarkan cincin perak paladium bertatahkan berlian dan permata lelaki dengan rekaan yang sangat moden, maskulin, dan eksklusif, yang pastinya akan menggembirakan hati bapa selaku penerimanya. Ini kerana berlian tidak pernah gagal untuk memberi perasaan cukup istimewa dan disayangi bukan sahaja kepada kaum wanita, namun juga kaum lelaki khususnya bapa. Disebabkan itu juga berlian menjadi pilihan hadiah utama berbanding ratusan batu permata yang ada di dunia untuk dijadikan simbolik tanda cinta, kasih sayang, keraian, penghormatan dan penghargaan.
 
Saban tahun, HABIB pasti akan menjadi destinasi tumpuan bagi pemilihan pelbagai hadiah istimewa untuk hari-hari istimewa serta penghargaan untuk pelbagai segmen pelanggan, termasuk untuk para pelanggan lelaki. Rekomendasi koleksi terbaik daripada staf kami sudah tentu akan membuatkan Hari Bapa yang bakal disambut tidak lama lagi menjadi salah satu pengalaman manis yang tidak akan dapat dilupakan. Tidak hanya itu, bagi memastikan hasrat murni pelanggan-pelanggan bagi mendapatkan hadiah yang terbaik bagi meraikan para bapa lebih-lebih lagi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, HABIB tampil cakna dengan menawarkan perkhidmatan pembelian barang kemas dan perhiasan secara atas talian menerusi laman sesawang HABIB, serta menerusi platform e-dagang Shopee, Lazada dan Zalora.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web HABIB di https://www.habibjewels.com/ atau ikuti akaun media sosial Instagram HABIB di @habibjewelsofficial.

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *