Tag: Jon Foo (Tekken)

(HIBURAN) VIKINGDOM……dimensi baru KRU Studios

Vikingdom cropsmall

Filem yang dinanti-nanti kan oleh peminat seni filem tanah air telah mula ditayangkan di pawagam-pawagam di seluruh negara. Filem yang berskala dan berkos besar ini juga turut menjadi filem tempatan pertama yang menembusi pasaran Amerika Syarikat dan bakal ditayangkan di pawagam bermula  4 Oktober 2013. Tayangan di Amerika Syarikat ini bakal menjadi pencetus kepada tayangan di negara lain di serata dunia bermula dari pertengahan Oktober 2013 sehingga Mac 2014. Diantara pengedar utama filem ini adalah Universal Pictures yang telah mendapat hak pengedaran filem ini dibeberapa buah negara termasuklah United Kingdom, Australia, Sweden, Denmark dan Brazil. Menurut Norman Abdul Halim, filem ini telah membuat keuntungan awal hasil pra-jualan bernilai RM10 juta di mana filem ini telah ditempah sebelum ia siap dan mempunyai perjanjian asas yang membolehkan pihak KRU Studios memperolehi pembayaran deposit dari pengedar. Norman menambah, kos penghasilan filem ini sedikit sebanyak ditampung dengan suntikan dana dari pihak Finas yang mengfokus kan kepada penghasilan CGI. Bagi pengarah filem ini pula iaitu saudara Yusri Abdul Halim, beliau sangat berpuas hati dengan penghasilan filem ini dimana tenaga produksi dibalik pembikinan filem ini dijayakan oleh kepakaran 100 peratus anak tempatan. Bagi Edry Abdul Halim pula . beliau ditugaskan dalam penyediaan runut bunyi atau muzik skor yang seratus peratusnya yang asal. Beliau juga turut memuji komitmen kumpulan MOJO dalam menyanyikan OST filem ini yang berjudul “Dark Clouds” yang juga merupakan single terbaru kumpulan ini dalam usaha menembusi pasaran antarabangsa. Read more →