Tag: Kadak

(HIBURAN) Siaran Media : Album Kompilasi Butterfingers – Kronologikal

image005

Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan BUTTERFINGERS yang dahulunya popular dengan lagu-lagu mereka yang bergenrekan grunge. Sekumpulan pelajar dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) telah secara rasmi menubuhkan BUTTERFINGERS pada akhir tahun 1993 yang terdiri daripada empat orang ahli iaitu Loque (penulis lagu, pemain gitar), Emmet (vokalis, pemain gitar, dan penulis lirik), Kadak (pemain bass) dan Kalai (pemain drum). Mereka mula mencipta lagu-lagu mereka sendiri dengan harapan untuk menempah nama di persada muzik tanah air. BUTTERFINGERS kemudian dilihat mudah menjinakkan muzik di dalam diri kerana sering dijemput untuk beberapa persembahan kecil dan gig sehingga membuatkan kebanyakkan tiket persembahan mereka habis dijual dan sehingga kini mereka digelar sebagai ‘the stuff of underground legends’ oleh peminat-peminat tanah air. Read more →