Pizza Hut Malaysia baru-baru ini telah menganjurkan kelas membuat piza di Pizza Hut cawangan Kota Damansara untuk 30 orang kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary Kuala Lumpur. Kelas masakan yang merupakan sebahagian daripada aktiviti-aktiviti kempen promosi Pizza Hut ‘Signature Series’ yang telah mendapat sokongan chef selebriti Nik Michael ini bertujuan untuk mencetuskan minat dalam bidang masakan dikalangan kanak-kanak. Read more →
Tag: KANAK-KANAK
(SEMASA) KidZania Kuala Lumpur Sambut Ulang Tahun Kedua Dicalonkan Taman Tema Kanak-kanak Paling Popular di Malaysia, Dengan Hampir Sejuta Pengunjung sejak 2012
Pusat didik hibur keluarga terkemuka, KidZania Kuala Lumpur, menyambut ulang tahunnya yang kedua bersama rakan kongsi industri, kanak-kanak dan ibu bapa dengan tema sambutan ‘All Good Things Come in 2s’! Sempena ulang tahun kedua KidZania, 200 pengunjung pertama diberi tiket masuk percuma manakala pengunjung berikutnya diberi diskaun 40% daripada harga tiket biasa. Persembahan istimewa oleh Beaming Strings Ensemble dan KidZania Kuala Lumpur Artistic Percussionists serta 200 pek majlis berisi bertih jagung dan barang dagangan eksklusif untuk kanak-kanak yang datang pada jam 2:00 petang untuk memeriahkan lagi suasana. Read more →