(SEMASA) KidZania Kuala Lumpur Sambut Ulang Tahun Kedua Dicalonkan Taman Tema Kanak-kanak Paling Popular di Malaysia, Dengan Hampir Sejuta Pengunjung sejak 2012

Spread the love

KidZania-005

Pusat didik hibur keluarga terkemuka, KidZania Kuala Lumpur, menyambut ulang tahunnya yang kedua bersama rakan kongsi industri, kanak-kanak dan ibu bapa dengan tema sambutan ‘All Good Things Come in 2s’! Sempena ulang tahun kedua KidZania, 200 pengunjung pertama diberi tiket masuk percuma manakala pengunjung berikutnya diberi diskaun 40% daripada harga tiket biasa. Persembahan istimewa oleh Beaming Strings Ensemble dan KidZania Kuala Lumpur Artistic Percussionists serta 200 pek majlis berisi bertih jagung dan barang dagangan eksklusif untuk kanak-kanak yang datang pada jam 2:00 petang untuk memeriahkan lagi suasana.

KidZania-004

KidZania Kuala Lumpur turut berkongsi kemeriahan sambutan ini bersama anak-anak dari Pusat Jagaan Kanak-Kanak Sayang dan Rumah Kasih Sayang dengan menaja kunjungan pertama mereka ke pusat tersebut.

Pada majlis tersebut, pemenang peraduan video sempena ulang tahun kedua KidZania Kuala Lumpur juga diumumkan. Pemenang hadiah utama,  Emily Gunn Shian Mum, 11 tahun, dari Petaling Jaya dan Lau Hau Shien, juga 11 tahun, dari Klang, menerima hadiah percutian yang dibayar penuh untuk empat orang setiap satu ke KidZania Dubai bernilai RM25,000.

Majlis sambutan ulang tahun kedua ini dipengerusikan oleh Gabenor KidZania Malaysia, 
Yang Mulia Tunku Dato’ Ahmad Burhanuddin, yang juga Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Themed Attractions and Resorts Sdn Bhd, Encik Andrés Fabre, 
Ketua Pegawai Operasi Global KidZania Central Government, diiringi Encik Mohd Daud Mohd Arif, Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) dan Tuan Haji Zainuddin Abas, Pengarah Bahagian Ko-Kurikulum dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi merasmikan upacara memotong kek.

Satu tinjauan Children Career Survey of Malaysia[1] baru-baru ini yang mendapati kanak-kanak sekolah di Malaysia berumur 7 hingga 14 tahun bercita-cita menjadi pelakon, guru, doktor, model dan chef. Karier lain yang menjadi idaman adalah perisik, pembuat coklat, pemandu pelancong, pereka fesyen dan penyampai TV. Kesemua ini merupakan profesion yang boleh dirasai di KidZania  Kuala Lumpur.

“KidZania Kuala Lumpur membolehkan kanak-kanak merasai lebih 100 pilihan karier dan platform kami yang berasaskan realiti adalah efektif dan popular. KidZania Kuala Lumpur terus menjadi pilihan kanak-kanak dan ibu bapa dan diiktiraf oleh industri. Tahun lepas, kami memenangi anugerah Best Experience for Kids di majlis anugerah 
Best of Malaysia Awards (BOMA) 2013 oleh majalah Expatriate Lifestyle dan Anugerah Gangsa untuk kategori “Best Online Driver” untuk kempen “Kids for a Greener World” di majlis anugerah Marketing Events Awards 2013,” kata Tunku Dato’ Ahmad Burhanuddin.

Aktiviti-aktiviti baru sentiasa diperkenalkan di KidZania Kuala Lumpur apabila terdapat rakan industri yang baru menjadi sebahagian daripada bandar KidZania, memberi pendedahan berterusan kepada pengunjung cilik merasai pengalaman didik hibur baru dan karier sebenar. Pada 2013, 43 rakan industri baru menyertai KidZania Kuala Lumpur.

Dengan lebih 950,000 pengunjung sejak 2012, pusat didik hibur ini berhasrat untuk bekerjasama rapat dengan Kementerian Pelancongan Malaysia dalam usaha mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang ideal bagi pengunjung tempatan mahu pun luar negara. Kerjasama juga sedang dirancang dengan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memperkenalkan kanak-kanak sekolah kepada pelbagai karier secara role-play.

Jadi apakah yang boleh dijangka daripada KidZania pada tahun 2014?

“Lebih banyak program pendidikan dan hiburan akan diperkenalkan bermula Mac dan kami akan  bekerjasama rapat dengan sekolah-sekolah dalam program ini. Program tersebut adalah seperti KidZania CongreZZ, satu platform untuk kanak-kanak mengutarakan pandangan demi kebaikan komuniti KidZania, dan Kids for a Greener World, satu acara tahunan yang memberi inspirasi dan menguasakan kanak-kanak dan orang dewasa agar lebih prihatin terhadap alam sekitar. Pendek kata, lebih banyak keseronokan, lebih banyak profesion, lebih banyak cabaran kehidupan sebenar yang menanti kanak-kanak dengan perspektif dan pandangan yang unik,” jelas Tunku Dato’ Ahmad Burhanuddin.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *