Tag: KFC

(SEMASA) QSR BRANDS MENAWARKAN COMBO MEAL RAHMAH  KFC DAN PIZZA HUT 

 

 

KUALA LUMPUR, 29 MEI 2023Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini telah menghadiri dan merasmikan Pelancaran Menu RAHMAH KFC dan Pizza Hut di Restoran KFC dan Pizza Hut, Jalan Wangsa Delima, Kuala Lumpur. Read more →

(SEMASA) Awal Ashaari, Scha Alyahya & Lara Alana Diumumkan Sebagai Duta Kfc Malaysia

Keluarga selebriti terkenal Malaysia, suami dan isteri Awal Ashaari dan Scha Alyahya bersama anak sulung mereka, Lara Alana, diumumkan sebagai duta KFC Malaysia pertama di upacara pelancaran kempen KFC ‘Raikan Cara Kita’ yang dilangsungkan semasa buka puasa petang tadi di KFC Wangsa Maju. Read more →

(SEMASA) KFC MALAYSIA TERUS MENAMBAH HARAPAN BAGI MEMBANTERAS KEBULURAN

KUALA LUMPUR, 15 JUN 2017 – KFC Malaysia meneruskan usahanya bagi membantu menangani isu kebuluran melalui kempen Add Hope 2017. Inisiatif berterusan ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat global KFC dan telah memasuki tahun ke-11 penganjurannya di peringkat tempatan. Kempen ini kembali untuk menjana sokongan dan kesedaran yang lebih tinggi daripada orang ramai serta meraih dana bagi usaha berkenaan. Read more →

(SEMASA) CRISPY TENDERS KEMBALI LAGI!

picture-2KUALA LUMPUR, 15 NOVEMBER 2016 – KFC Malaysia membawakan kembali hidangan popular Crispy Tenders ke seluruh negara atas sambutan yang menggalakkan sejak diperkenalkan pada awal tahun ini. Crispy Tenders mengekalkan rasa hebat ayam KFC, dihasilkan daripada 100% isi ayam tanpa tulang yang dihidangkan bersama sos krim masam dan bawang kegemaran rakyat Malaysia, boleh didapati secara eksklusif di KFC. Read more →

(SEMASA) USAHA TAHUNAN KFC BAGI MEMBASMI KELAPARAN KEMBALI UNTUK TAHUN KE-10

IMG-20160611-WA003

KUALA LUMPUR, 10 JUN 2016 – Add Hope, sebuah inisiatif berterusan oleh KFC Malaysia untuk membasmi kelaparan kembali dengan lebih agresif Ramadan ini dengan pelbagai strategi untuk mengumpul dana dan membangkitkan sokongan dan kesedaran yang lebih tinggi daripada orang ramai. Pengacara dan pelakon popular Scha Alyahya, terus bekerjasama dengan KFC Malaysia untuk memainkan peranan sebagai jurucakap bagi usaha murni ini, membasmi kelaparan ke peringkat yang seterusnya.“Perjalanan tahun lalu bersama pasukan dalam usaha ini merupakan sebuah pengalaman yang amat menginsafkan/penuh keinsafan. Saya berasa amat tersentuh apabila melihat insan disekeliling kita tidak mampu untuk mendapatkan sumber makanan yang mencukupi, apatah lagi untuk memberi sesuap nasi kepada ahli keluarga mereka. Sebagai seorang ibu, saya tidak dapat membayangkan keperitan melihat anak sendiri tidur dalam keadaan lapar. Pengalaman tahun lepas telah menyedarkan saya bahawa situasi perit ini merupakan sebuah realiti yang terpaksa diharungi oleh sesetengah keluarga setiap hari. Pada masa yang sama ia juga memberikan saya kepuasan apabila melihat senyuman dan perubahan yang mampu kita lakukan menerusi Add Hope. Usaha murni ini sangat dekat di hati saya dan saya berasa amat berbesar hati untuk terus menyokong KFC melalui kempen ini,” ujar Scha. Read more →