(SEMASA) CRISPY TENDERS KEMBALI LAGI!

Spread the love

picture-2KUALA LUMPUR, 15 NOVEMBER 2016 – KFC Malaysia membawakan kembali hidangan popular Crispy Tenders ke seluruh negara atas sambutan yang menggalakkan sejak diperkenalkan pada awal tahun ini. Crispy Tenders mengekalkan rasa hebat ayam KFC, dihasilkan daripada 100% isi ayam tanpa tulang yang dihidangkan bersama sos krim masam dan bawang kegemaran rakyat Malaysia, boleh didapati secara eksklusif di KFC.

Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan KFC Malaysia berkata, “Crispy Tenders KFC kembali lagi di atas sambutan yang sangat menggalakkan daripada para pelanggan. Kepingan ayam yang rangup di luar dan empuk di dalam ini sangat popular dalam kalangan anak muda yang gemar memadankannya dengan sos krim masam dan bawang yang lazat dan  mudah dinikmati di mana-mana sahaja. Kami sangat berbangga dan gembira kerana dapat membawakannya kembali, khas untuk dinikmati oleh semua pelanggan!”

Crispy Tenders boleh didapati dalam bentuk a la carte dan hidangan kombo yang bermula hanya daripada RM5.50 bagi 3 ketul Crispy Tenders a la carte. Manakala hidangan ‘6-pc Combo’ mengandungi 6 ketul ayam Crispy Tenders serta hidangan sampingan daripada RM13.90; sementara hidangan ‘Kombo Sensasi’ menggabungkan ayam KFC dan 3 ketul Crispy Tenders bersama hidangan sampingan hanya daripada RM11.90. Kesemua hidangan kombo didatangkan bersama minuman Lemonade Nestle serta sos krim masam dan bawang premium KFC.

Nikmati KFC Crispy Tenders di restoran KFC berdekatan anda bermula dari 15 November 2016 sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.kfc.com.my

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *