3 Julai 2025, KUALA LUMPUR – Filem hasil kerjasama produksi Malaysia dan Taiwan iaitu ‘Sayang’ baru sahaja menamatkan sesi penggambaran dan kini bersedia memasuki fasa pasca produksi. Filem yang dijadualkan menemui peminat pada tahun 2026 ini merupakan hasil arahan pemenang Anugerah Dokumentari Terbaik di Golden Horse Awards ke-39, Tang Hsiang-Chu, dan ini menyaksikan kali pertama pengarah dari Taiwan ini mengarahkan filem cereka. Read more →
Tag: khir rahman
(HIBURAN) ‘SAYANG’ FILEM HASIL KERJASAMA PRODUKSI MALAYSIA–TAIWAN, BAKAL TEMUI PENONTON TAHUN 2026
(HIBURAN) LEHA – ‘Angkat Kisah Pengawal Keselamatan Jadi Hero Banteras Kes Jenayah’
Kerja sebagai seorang pengawal keselamatan mungkin dilihat antara pekerjaan yang sering dipandang rendah oleh segelintir pihak. Bagaimanapun, kerjaya pengawal keselamatan ini sebenarnya sangat penting dalam mengawal keselamatan di sesebuah kawasan atau premis daripada sebarang kemungkinan. Read more →
(HIBURAN) SYAFIQ YUSOF BUKTIKAN ABANG LONG FADIL 3 FILEM KOMEDI AKSI TERBAIK SEPANJANG ZAMAN
Petaling Jaya, 26 Ogos 2022 – Dua penerbit yang mendominasi filem-filem pecah panggung Malaysia, Skop Productions dan Astro Shaw sekali lagi bekerjasama dan bersedia mempersembahkan filem terbaru daripada francais komedi aksi ‘blockbuster’ no 1 Malaysia, Abang Long Fadil 3 bermula 8 September di seluruh pawagam Malaysia, Singapura dan Brunei. Lebih gempak, lebih impak, lebih aksi, lebih komedi; itu yang dirumuskan mengenai Abang Long Fadil 3. Filem sekuel ketiga ini menampilkan kualiti produksi yang lebih mengagumkan dan antara kelainan yang ditampilkan adalah set terbesar pertama dibina di Malaysia untuk pembikinan filem tersebut. Read more →
(HIBURAN) Gadis Jolobu The Movie
Bertitik tolak dengan kejayaan tontonan YouTube, Zebra Studio mengambil langkah yang berani dengan mengetengahkan filem yang menggunakan dialek Negeri Sembilan. Filem bergenre komedi romantik, Gadis Jolobu The Movie arahan CL Hor mengangkat keunikan adat pepatih dan keunikan budaya Minangkabau sebagai tarikan. Projek mega dimeterai antara syarikat hiburan terkemuka Asia Pasifik, Tremendous Entertainment dan Zebra Studio Sdn Bhd diterajui pelakon, penyanyi dan pelawak berpengalaman seperti Datuk Hattan, Khir Rahman, Joey Daud serta memperkenalkan bintang baharu yang juga pengacara, Ahirine Ahirudin. Read more →

