Tag: komedi

(HIBURAN) ASTRO WARNA PERKENAL HOS, JURI & PESERTA LAWAK SOLO – 10 individu rebut kejuaraan sulung program pencarian bakat komedi pelawak baharu

barisan-hos-peserta-dan-juri-lawak-solorsz

KUALA LUMPUR, 4 Oktober 2016 – Setelah berjaya melepasi sesi uji bakat yang telah diadakan di empat buah lokasi berbeza, sepuluh orang peserta telah dipilih bagi menyertai program komedi terbaharu Astro Warna iaitu ‘Lawak Solo’. Pasti membuatkan penonton tidak kering gusi, Lawak Solo yang dijadualkan bersiaran selama lapan minggu akan mula menemui penonton secara langsung dari Studio Finas, Kompleks Merdeka FINAS pada setiap hari Jumaat, bermula 21 Oktober 2016, jam 10.00 malam dan boleh ditonton secara eksklusif menerusi Astro Warna (Saluran 132) dan tayangan serentak di Mustika HD (Saluran 134). Read more →

(HIBURAN) “AMIR & LOQMAN PERGI KE LAUT” bakal temui penonton pada 25 September ini

image002cropsmall

Pelawak Shuib (Sepahtu) dan Syuk (Balas) bakal ditonjolkan sebagai teraju utama sebuah filem pada 25 September 2014 nanti. Filem bercorak komedi yang dilakonkan oleh mereka mendapat sentuhan sutradara hebat Mamat Khalid . Filem berjudul ‘Amir & Loqman Pergi Ke Laut’ (ALPKL) ini akan diedarkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama Green Light Production.

Read more →

(HIBURAN) Pengiktirafan Malaysia Book of Records untuk siaran Rancangan Komedi 24 Jam Tanpa Henti Secara Langsung

sambungan - Encik Rostam Said (Pengurus Saluran Astro Warna)

Maharaja Lawak Mega, Skool of Lawak, Super Spontan dan Karoot Komedia telah diperakui oleh Malaysia Book of Records dalam siaran Rancangan Komedi 24 Jam Tanpa Henti Secara Langsung. Read more →

(HIBURAN) Pelancaran Filem Komedi “ TULI SEKAMPUNG ”

Group Photo (2)

KARYA PRIMA PRODUCTION bakal menerbitkan filem kedua mereka yang berjudul TULI SEKAMPUNG selepas kejayaan menghasilkan filem BRAVO V yang telah menelan belanja hampir RM 5 juta. Walaupun filem BRAVO V masih belum ditayangkan di pawangan Malaysia, pihak KARYA PRIMA PRODUCTION telah memulakan langkah awal untuk menjalankan pengambaran filem komedi TULI SEKAMPUNG pada awal bulan April ini. Read more →

(HIBURAN) SKOOL of LAWAK, program realiti komedi baru di Astro

AMY98062

Astro sekali lagi mengangkat lawak ke medan paling tinggi apabila memperkenalkan sebuah program realiti komedi terbaru yang dijangka mencetuskan fenomena terbaru di televisyen Malaysia iaitu SKOOL of LAWAK. Program realiti komedi baru ini bakal membabitkan hampir 33 peserta yang telah dipilih melalui ujibakat diseluruh negara dan mereka ini seterusnya melepasi halangan bootcamp terakhir yang membolehkan mereka dipilih sebagai peserta akhir program SKOOL of LAWAK. Program ini akan mula bersiaran Langsung  bermula 14 Februari 2014 setiap hari Jumaat, jam 10 malam di Astro Warna 132 & Mustika HD 134. Read more →