Tag: Syafiq Yusof

(HIBURAN) POLIS EVO 3 DIABADIKAN DI MURAL GERGASI

 

Kuala Lumpur, 25 Jun 2023 – Filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures telah berjaya meraih kutipan panggung lebih RM51 juta dan sekali gus menjadi filem nombor 1 paling laris 2023. Rentetan daripada kejayaan dan sambutan positif daripada penonton serta peminat, filem Polis Evo 3 telah diabadikan di dalam sebuah mural di Jalan Kemuning, Dang Wangi. Read more →

(HIBURAN) SYAFIQ YUSOF BUKTIKAN ABANG LONG FADIL 3 FILEM KOMEDI AKSI TERBAIK SEPANJANG ZAMAN

Petaling Jaya, 26 Ogos 2022 – Dua penerbit yang mendominasi filem-filem pecah panggung Malaysia, Skop Productions dan Astro Shaw sekali lagi bekerjasama dan bersedia mempersembahkan filem terbaru daripada francais komedi aksi ‘blockbuster’ no 1 Malaysia, Abang Long Fadil 3 bermula 8 September di seluruh pawagam Malaysia, Singapura dan Brunei. Lebih gempak, lebih impak, lebih aksi, lebih komedi; itu yang dirumuskan mengenai Abang Long Fadil 3. Filem sekuel ketiga ini menampilkan kualiti produksi yang lebih mengagumkan dan antara kelainan yang ditampilkan adalah set terbesar pertama dibina di Malaysia untuk pembikinan filem tersebut. Read more →

(HIBURAN) GERAK KHAS UNDERCOVER – KOLABORASI HEBAT DATUK YUSOF HASLAM & SYAFIQ YUSOF

Di atas permintaan ramai, Gerak Khas kini kembali dengan wajah baharu dengan menampilkan jalan cerita yang lebih terkini & relevan! Selain mengekalkan watak popular lakonan Erra Fazira, Salina Saibi, C.Kumaresan, Farid Amirul dan Dato’ AC Mizal, nantikan juga penampilan Dato’ Aaron Aziz, Dato’ Sri Eizlan Yusof, Elizabeth Tan, Raja Afiq, Ruzana Ibrahim, Dato’ Rosyam Nor dan Khalida Balqis dalam Gerak Khas Undercover yang mengisahkan cabaran anggota undercover mendekati  dalang sindiket jenayah dalam menjalankan tugas risikan dan penyamaran.   Read more →

(HIBURAN) DESOLASI karya terbaik Syafiq Yusof

desolasi-posterSkop Productions bakal mempersembahkan DESOLASI, hasil karya dan arahan pengarah muda, Syafiq Yusof. Nama Syafiq Yusof sudah semakin rancak dalam bidang pengarahan filem tanah air. Ini merupakan hasil karya beliau selepas filem Mat Moto gandingan arahan beliau bersama Pekin Ibrahim yang dipertontonkan di layar perak pada 14 Januari 2016. Read more →

(HIBURAN) Pra Tonton Filem SAM (Saya Amat Menyintaimu)

Jika tengok pada umur pengarah filem ini, penonton pasti tidak percaya ia merupakan garapan dari seorang pengarah muda yg hanya berumur belasan tahun, filem ini diarahkan pada tahun lepas semasa beliau masih berumur 18 tahun, hasil idea dengan sepupunya, empunya diri yang bernama Syafiq Yusof membuktikan bahawa idea seorang remaja belasan tahun tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Read more →