Kumpulan dari Indonesia yang popular menerusi lagu “Demi Waktu” UNGU, bakal menemui peminat di Malaysia pada 28 Februari 2014 bertempat di Kenanga Wholesale City, Star Stage, Kuala Lumpur. Read more →
Tag: Konsert
(HIBURAN) NING BAIZURA ‘KONSERT PELANGI UNTUKMU’
Dengan majlis pelancaran minyak wangi ‘NING’ yang gilang gemilang pada dua minggu yang lepas dan juga dengan pembikinan single terbaru beliau “Bukan Wanita Sempurna”, Ning kini telah sedang bersedia untuk membuat persembahan konsert pada 16hb November 2013 di TM Convention Centre yang di dokong oleh TM, Suria fm, Media Hiburan dan Budiey.com. ‘Konsert Pelangi Untukmu’ fokus kepada pengalaman peribadi beliau yang terkini. Di malam itu nanti beliau akan membawa penonton menghayati beberapa peringkat perjalanan hidup yang banyak memberi makna sehinggalah menjadi seorang ibu. Read more →
(HIBURAN) Konsert Temptations Reloaded Live In Malaysia bersama Datuk Shah Rukh Khan
Ikon Bollywood terkenal Datuk Shah Rukh Khan bakal membuat persembahan pada 11 Oktober 2013 di Stadium Nasional Bukit Jalil bersempena Konsert Temptations Reloaded. Konsert yang dianjurkan 2Spicy Entertainment dan Hitman Solutions Sdn Bhd ini juga bakal membawa aktres Bollywood terkenal iaitu Madhuri Dixit serta penyanyi rap terkenal dan sensasi YO YO Honey Singh untuk bersama-sama memeriahkan pertunjukan tersebut. Menurut penganjur konsert, 2Spicy Entertainment dan Hitman Solutions Sdn Bhd , masih ada beberapa penambahan artis untuk konsert tersebut, namun masih belum mendapat lampu hijau untuk diperkenalkan pada pihak media. Penjualan tiket akan bermula pada 25 Ogos 2013 dan boleh didapati secaraonline di www.vip.my dan juga di kedai-kedai Rock Corner terpilih. Harga tiket bermula serendah RM99 sehingga RM1999. Read more →
(HIBURAN) Sidang Media Konsert Ning Baizura ‘Pelangi Untukmu’
Ning Baizura, penyanyi bersuara lantang yang tersohor dan sangat terkenal dengan persembahan pentasnya telah pun bergelar seorang ibu kepada seorang bayi yang teramatlah comel. Ning dikategorikan antara penyanyi pop, soul dan R&B wanita terbaik di tanah air. Beliau telah memenangi hati peminat-peminatnya dengan bukan sekadar bakatnya sahaja, tetapi dengan pesonanya yang menyerlah serta sifat baiknya yang sangat dipandang tinggi. Dengan jumlah peminat melebihi 40,000, Ning sememangnya seorang ikon di Malaysia. Setelah penantian sekian lama, Ning akan kembali beraksi di sebuah konsert eksklusif selama 90 minit yang dijadualkan pada 21 September 2013, bertempat di TM Convention Centre. Read more →