Sering kita dengari di corong-corong radio tempatan tentang putaran lagu ‘Satu-satunya’ dan misteri siapa empunya lagu tersebut masih belum terjawab. Read more →
Tag: Lagu
(HIBURAN) “TEKA TEKI” Maya Karin Akhirnya Terjawab Sudah
Setelah lama menyepi didalam bidang nyanyian, pada Jun 2013, Maya telah hadir dengan lagu ‘Bintang Syurga’ yang muncul sebagai hadiah kepada peminat setia beliau yang merindukan alunan suaranya. Dan kalau sebelum ini lagu ‘Bintang Syurga’ telah didendangkan sendiri oleh Maya di Switzerland bersama-sama dengan penyanyi popular Switzerland iaitu Bastian Baker, kini, Maya Karin tampil pula dengan album terbaru yang bertajuk ‘Teka-Teki’. Album ‘Teka-Teki’ ini memuatkan sebanyak 7 buah lagu seperti ‘Bintang Syurga’, ‘ Logika’, ‘Tersenyum’, ‘Teka-Teki’, ‘Titi Rahsia’, Selamat Tinggal Cinta’ dan juga ‘Hanya Sebentar’. Read more →
(HIBURAN) Kejayaan Setinggi Gunung Hafiz Suip
Hafiz Suip atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip bukanlah nama asing dalam industri muzik tempatan. Tahun 2013 menyaksikan kejayaan yang gemilang buat Hafiz apabila berjaya meraih pelbagai kejayaan diperingkat nasional dan serantau. Bintang berusia 24 tahun kelahiran Kuching, Sarawak ini telah turut melancarkan album berjudul Hafiz Suip – Luahan Hati Anak Seni pada bulan Jun lalu. Read more →
(HIBURAN) Pelancaran Lagu Tema Filem “VIKINGDOM” Dendangan Kumpulan MOJO
Kumpulan yang terkenal menerusi lagu Andaiku Bercinta Lagi, MOJO telah diberi penghormatan besar oleh pihak KRU Studios untuk menyampaikan lagu tema filem Vikingdom berjudul Dark Clouds. MOJO merupakan sebuah ‘Super-Band’ yang terdiri daripada Aweera (bekas finalis OIAM) selaku vokalis utama, penampilan istimewa komposer/penerbit ternama, Edry sebagai pemain synthesizer, Denny selaku gitaris (pemuzik undangan studio dan pentas berpengalaman), dan pemain drum, Johar (anggota kumpulan Tilu dan bekas beberapa kumpulan Indie). Demi untuk mengeksplorasi visi muzik masing-masing, 4 pemuzik serba berpengalaman telah bergabung untuk menubuhkan sebuah kumpulan ‘Super-Band’ yang mempertaruhkan konsep ‘Synth-Rock’ sebagai identiti. Read more →





