Tag: HAFIZ SUIP

(HIBURAN)  Konsert ByAjai & Mega Friends – 35 Tahun Genggam Impian 

Karya-karyanya sentiasa dinanti-nanti.  Rata- rata anak seni yang kini mekar melakarkan nama, pernah berjaya dengan lagu nukilan beliau. Sebut sahaja siapa. Daripada yang tersohor namanya seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dato’ Sheila Majid, Dayang Nurfaizah, Kris Dayanti, Misha Omar, Ella, Hafiz Suip, Allahyarham Saleem dan Siti Sarah, Liza Hanim dan ramai lagi, kepada generasi pertengahan dan baharu seperti Khai Bahar, Black, Niki Palikat, Aufahanie, senarainya tak terungkap, Mereka telah mencipta kegemilangan dengan lagu-lagunya.   Read more →

(HIBURAN) Kolaborasi Misha Omar & Hafiz Suip dalam Terimaku Seadanya

MOFS_Opt5

Sony Music Malaysia dan Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd (Astro) hari ini mengumumkan pelancaran Single baharu ‘Terimaku Seadanya’ yang menampilkan paduan vokal penyanyi popular, Misha Omar & Hafiz Suip. Gabungan dua penyanyi popular ini dilihat strategi utuh dalam mengekalkan momentum arena seni tanah air yang semakin rancak dengan kemunculan ramai artis baharu. Read more →

(HIBURAN) Kejayaan Setinggi Gunung Hafiz Suip

IMG_5952

Hafiz Suip atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip bukanlah nama asing dalam industri muzik tempatan. Tahun 2013 menyaksikan kejayaan yang gemilang buat Hafiz apabila berjaya meraih pelbagai kejayaan diperingkat nasional dan serantau.  Bintang berusia 24 tahun kelahiran Kuching, Sarawak ini telah turut melancarkan album berjudul Hafiz Suip – Luahan Hati Anak Seni pada bulan Jun lalu. Read more →

(HIBURAN) Keputusan Penuh Anugerah Meletop Era 2014

zizan ame2014crop-horzGMO

Malam kemuncak Anugerah Meletop kali pertama telah berlangsung dengan jayanya dengan menobatkan Zizan Razak dan  Zara Zya sebagai pemenang anugerah utama bagi kategori Anugerah Meletop ERA (Lelaki dan Wanita). Majlis yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil turut sama menyaksikan Zizan Razak  mengungguli senarai pemenang Anugerah Meletop ERA 2013 dengan 4 kategori termasuklah kategori Anugerah To-Top Meletop (Lelaki) 2013. Selain Zizan, Hafiz Suip, Nabil dan Zara Zya antara calon yang memenangi lebih dari satu anugerah.  Sebanyak 17 kategori undian dipertandingkan pada malam Anugerah Meletop Era 2014. Siaran langsung turut disiarkan menerusi Astro Ria dan Astro Maya bermula pada pukul 9.30 malam. AME diacarakan oleh gandingan Dato’ AC Mizal bersama Neelofa dan Nabil Ahmad.  Read more →

(HIBURAN) Khairy Jamaluddin Curi Tumpuan di Shout Awards 2013

MERE5119gmo

Tamat sudah majlis anugerah berprestij Shout! Awards 2013. Kejutan terbesar kali ini apabila Menteri Belia & Sukan, Yang Berhormat Khairy Jamaluddin telah berjaya mencuri tumpuan rakyat Malaysia dengan memenangi trofi Wired Celebrity Award. Khairy Jamaluddin yang aktif di laman sosial terutama Twitter telah menjadikan beliau bukan saja seorang yang bergelar menteri, malah kini boleh dianggap sebagai seorang selebriti. Joe Flizzow pula dianugerahkan dengan The Ultimate Shout! Awards diatas usaha beliau mengembangkan sayap genre muzik Hip-Hop manakala penyanyi berbakat besar, Hafiz Suip pula mendominasi dua anugerah dengan trofi Popstar Award dan juga trofi Power Vocal Award. Penampilan khas bekas vokalis kumpulan Westlife, Shane Filan pula menutup majlis anugerah gilang-gemilang ini. Read more →