Tag: Masih Aku Cinta

(HIBURAN) Stailista Unplugged TV9 – Raya Pertama

image001smallProgram Stailista Unplugged yang telah dirakamkan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 13 Julai 2013 lalu bakal disiarkan pada hari raya nanti, iaitu pada hari Khamis, 8 Ogos 2013, jam 10 pagi hingga 11 pagi di TV9. Selama satu jam, penonton akan dihiburkan dengan lagu-lagu terkenal empat figura ini dalam irama muzik unplugged. Barisan artis terkenal antaranya Dato’ Siti Nurhaliza, Shila Amzah, Alyah yang kini sudah bertudung serta penyanyi paling bongsu yang popular di laman sosial iaitu Najwa Latif  telah menghiburkan para peminat mereka dengan dendangan lagu baru dan lama serta beberapa lagu medley nostalgia. Read more →

(HIBURAN) Majlis Pra-Dengar Album Shila Amzah

IMG_6517

Shila Amzah, penyanyi yang telah membanggakan rakyat Malaysia setelah memenangi pertandingan nyanyian Asian Wave di Shanghai telah mengadakan majlis  pra-dengar album terbaru beliau pada sidang media yang bertempat di Red Box, Pavilion , Kuala Lumpur. Album yang menggunakan judul “ SHILA AMZAH” ini bakal memuatkan 5 buah lagu baru dan 2 buah bonus track. Album ini boleh dianggap sebagai ‘bayi’ sulung buat penyanyi ini kerana beliau terlibat secara langsung sebagai penerbit eksekutif dan secara langsung terlibat secara sepenuhnya di dalam pembikinan dari mula hingga ke proses terakhir. Shila Amzah dibantu oleh Aubrey Suwito dan Helen Yap sebagai penerbit bersama di mana beliau merasa sungguh teruja berkerjasama kembali dengan Helen Yap kerana beliau merupakan orang  yang pertama yang berkerjasama dengan Shila Amzah pd umur 8 tahun. Album ini memuatkan lagu Masih Aku Cinta sebagai single pertama manakala lagu-lagu baru lain antaranya ialah Sedar, Cinta Hati, Tulus, Maaf manakala 2 bonus track adalah Patah Seribu dan Xia Yi Bu (Patah Seribu versi Mandarin). Read more →