Tag: MFORCE MOTOSHOW 2026.

(SEMASA) MFORCE BIKE HOLDINGS SDN. BHD. RANCANG SESUATU LEBIH BESAR, AKAN MENGANJURKAN MFORCE MOTOSHOW 2026.

PULAU PINANG, 14 April 2025 – Bagi menjawab desas-desus ramai pihak mengenai kertelibatan Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. di Malaysia Autoshow 2025, pihak kami terpaksa melepaskan hasrat untuk menyertainya ekoran dari beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Disebabkan perkara ini, Mforce mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perancangan jangka panjang dan memperkukuhkan lagi strategi pemasaran syarikat. Sebagai salah satu jenama utama dalam industri automotif tempatan, Mforce akan menganjurkan acara eksklusif Mforce Motoshow pada tahun 2026 bagi menghargai pengguna-pengguna Mforce serta memberi pendedahan dan membina kepercayaan kepada semua pengunjung dengan mengadakan pelbagai pameran motosikal dan aktiviti yang menarik.  Read more →