Tag: MILO

(SEMASA) MILO® Stik Pek X-Change: Menggalakkan pengumpulan semula stik pek MILO® terpakai sambil menyokong komuniti setempat

Langkah semudah memulangkan semula bungkusan stik pek MILO® terpakai mampu menyumbang ke arah mengurangkan sisa plastik. Justeru, inisiatif MILO® Stik Pek X-Change diperkenalkan untuk menyediakan platform untuk penggemar MILO®  memulangkan bungkusan stik pek dan ‘sachet’ MILO® terpakai bagi mengelakkan sisa plastik berakhir di tapak pelupusan serta saluran air. Read more →

(SEMASA) Projek Kantin MILO®: Sumbangan RM3 juta membekalkan sarapan percuma kepada murid sekolah rendah B40 agar kekal bertenaga

Lebih 35,000 pelajar daripada keluarga B40 di 700 sekolah rendah di seluruh negara telah mula menerima set sarapan pagi di bawah Projek Kantin MILO®, sebuah insiatif bantuan nutrisi yang diterajui MILO® dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Read more →

(SEMASA) MILO® mendorong rakyat ke arah kelestarian alam menerusi MILO® Sayang Bumi

MILO® mengorak langkah pertama ke arah kelestarian alam sekitar menerusi pelancaran MILO® Sayang Bumi sebagai komitmen untuk menerapkan amalan serta inovasi produk dan proses yang mesra alam demi kebaikan bumi. Berbekalkan sokongan rakyat Malaysia, MILO® Sayang Bumi menyatupadukan inisiatif kelestarian alam yang bakal diterajui jenama tersebut bermula tahun ini, sekaligus menyumbang kepada aspirasi global Nestlé untuk mencapai impak sifar terhadap alam sekitar dalam operasinya menjelang 2030. Read more →

(SEMASA) MILO® menyemarakkan tenaga 50,000 calon SPM mengharungi tempoh genting

Lebih 50,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang kini sedang menduduki peperiksaan yang ditangguhkan berbulan lamanya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan telah diberikan suntikan tenaga dengan bekalan seminggu minuman berkhasiat MILO® UHT. Kejutan dibuat oleh MILO® baru-baru ini di sekolah-sekolah yang berkenaan ketika para pelajar kembali ke sekolah setelah untuk menghadapi minggu pertama peperiksaan. Read more →

(SUKAN) Memupuk Juara Muda dalam Norma Baharu sepanjang Cuti Sekolah

PETALING JAYA, 15 Disember 2020 – Dalam norma baharu ini, ibu bapa sering berhadapan dengan cabaran untuk menerapkan sukan dalam kehidupan anak-anak mereka, terutamanya buat mereka yang percaya sukan dapat memberikan pengajaran yang berharga. Seiring dengan situasi terkini yang mewajibkan penjarakan sosial, ibu bapa kini bergantung kepada MILO Champions Clinic: E-Coaching untuk terus menyemarakkan semangat bersukan dalam kalangan anak-anak mereka secara selamat sepanjang musim cuti sekolah ini. Read more →