Tag: MK (K-Clique)

(HIBURAN) REBEL: Berontak Untuk Berotak – ‘Kisah Perseteruan Antara Luka Dan Bono… Filem Aksi Arahan Pertama Dato Awie’

Setelah bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu Dato Awie kini diberi peranan sebagai seorang pengarah. Menariknya, Awie telah dipilih untuk bertindak selaku pengarah menerusi sebuah filem aksi berjudul REBEL: Berontak Untuk Berotak. Read more →

(SEMASA) Tun M beri penghargaan kepada 335 pelajar PTTI  yang cemerlang dalam SPM 2021

KUALA LUMPUR, 24 Julai 2022 – Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI terus konsisten dalam misi memberi manfaat kepada orang lain terutama pelajar untuk kualiti pendidikan negara yang lebih baik. Malah selepas enam tahunPTTI terus sinonim dengan calon SPM yang menjadikan pusat ilmiah ini sebagai alternatif terbaik dalam mendapatkan keputusan cemerlang demi masa depan. Melihat keberkesanan inovasi yang diperkenalkan PTTI dalam membantu pelajar di seluruh negara, selain tenaga pengajar, ibu bapa juga turut meletakkan kepercayaan ke atas usaha PTTI dalam membantu calon-calon SPM ini berhadapan dengan peperiksaan utama negara itu. Read more →

(HIBURAN) Armani Entertainment Group memperkenalkan barisan artisnya yang bakal mengegarkan industri seni tanah air.

KUALA LUMPUR, 6 April 2022 — Label pengurusan artis terbaharu paling sensasi di Malaysia, Armani Entertainment Group (AEG) dengan rendah dirinya, berbesar hati untuk mengadakan ‘Media Night & Majlis Berbuka Puasa’ bersama-sama pengamal media tempatan selain mengimarahkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Read more →