Tag: Ngesot

(HIBURAN)  Malam Gala Tayangan Perdana Filem Ngesot

Malam Gala Tayangan Perdana Filem Ngesot yang dihasilkan daripada dana DKD FINAS membawa tema “Survival Thriller”. Filem terbitan KASH PICTURES SDN BHD bertema “Survival Thriller” ini diilhamkan dari kisah benar, Nicholas Andrew, seorang penjawat awam Askar Wataniah yang mengharungi pelbagai kesusahan menyelamatkan dirinya dan juga rakannya selepas terlibat dalam satu kemalangan yang parah dan terperangkap dihutan selama beberapa hari. Kisah benar ini berlaku pada tahun 2014 di Tapah, Perak apabila kereta yang dipandunya terjunam ke dalam sebuah gaung. Tanpa makan dan minum selama 4 hari dan bersertakan luka yang penuh seluruh badan, beliau terpaksa mengesot di hutan tersebut dan berdepan pelbagai rintangan dan binatang buas untuk menyelamatkan dirinya. Read more →