Tag: NTV7

(HIBURAN) Kadar tontonan ntv7 meningkat menerusi dua produksi blokbuster tempatan

 image003

Suku tahun ketiga tahun ini menyaksikan Saluran Ceria Anda, ntv7 berjaya menarik ramai penonton Malaysia untuk memilih stesen itu menerusi dua buah drama produksi tempatan – The Undercover dan The Game 2.

Tahun ini, drama bersiri The Undercover berjaya mengutip rating tertinggi buat saluran itu menerusi slot waktu perdananya pada jam 9.30 malam dengan peratusan perkongsian penonton berbangsa Cina 4+ sebanyak 42% sepanjang 30 episod siarannya. Siri itu mendapat sambutan yang paling memuncak bermula episod ke-16 dengan hampir 700,000 penonton di mana ia mewakili peratusan 48% bagi perkongsian penonton Cina 4+. Drama bersiri itu disiarkan sempena ulang tahun ke-15 ntv7 serta membariskan nama besar pelakon Cina tempatan seperti Adrian Tan, Aenie Wong, Karena Teo dan Ernest Chong yang juga merupakan drama bersiri top pada bulan Ogos lapor Kajian Media Nielsen.

Drama realiti – The Game 2 – juga meneruskan kejayaan seperti drama pertamanya tahun lalu. Drama realiti dengan konsep segar itu disiarkan selama dua jam dan dilakonkan tanpa menggunakan skrip. Drama itu disiarkan sempena Festival Hantu Lapar pada 20 Ogos dan berjaya menarik seramai hampir 600,000 penonton iaitu 45% perkongsian peratusan penonton Cina 4+ (2% lebih daripada rekod drama pertamanya). Manakala platform di atas talian (online) turut menerima sambutan baik seperti drama The Game yang pertama iaitu sebanyak 7,000 pengunjung dalam masa hanya beberapa hari. Read more →

(SUKAN) Feel Good Run 2013

IMG_6800gmo

Saluran Ceria Anda, ntv7 hari ini meraikan ulang tahun ke 15-nya di larian amal – Feel Good Run 2013 – yang merupakan kali ketiga dianjurkan stesen TV itu dengan seramai 5,700 pelari membanjiri Sri Pentas, Bandar Utama seawal 5.30 pagi. Acara yang merupakan larian terbesar di Bandar Utama itu turut diserikan dengan kehadiran YB Tuan Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang turut melepaskan para peserta buat tiga kategori larian 15KM, 7KM dan 2.3KM. Turut hadir mengiringi beliau adalah para pengurusan tertinggi Media Prima Berhad – Encik Ahmad Izham Omar (Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian TV), Datuk Kamal Khalid (Ketua Pegawai Operasi, Perkhidmatan Perkongsian Kumpulan), Shareen Ooi (Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan, Media Prima), Seelan Paul (Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Radio dan Ketua Pegawai Strategi, Rangkaian TV), Airin Zainul (Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV), Sofwan Mahmood (Pengurus Besar Kumpulan, Operasi Berita, Rangkaian TV dan Radio) dan Dorothy Empam (Pengurus Besar Kumpulan Khidmat Pelanggan). Read more →

(SUKAN) LARI BERSAMA LEBIH 80 SELEBRITI TERKENAL DI LARIAN AMAL FEEL GOOD RUN 2013!

FGR 2013 - Celebs Group Pic

Menyertai larian yang melibatkan ramai orang awam di pagi hari pastinya menyeronokkan tatkala semua orang berkongsi perasaan ceria dan detik gembira bersama keluarga mahupun sahabat handai. Malah di dalam larian sebegini juga anda boleh menemui rakan baru yang berkongsi minat yang sama. Larian amal Feel Good Run 2013 yang dijadualkan pada 7 Julai di Sri Pentas nanti pastinya merupakan medan pertemuan terbaik buat semua pelari untuk saling bergembira bersama kenalan baru atau rakan karib. Lebih menarik larian itu juga bakal menyaksikan para selebriti tempatan turut serta berlari bagi memeriahkan lagi acara yang dinanti-nantikan itu. Read more →

(HIBURAN) Aishwarya Rai berkongsi kisah hidup dan isu yang dekat di hatinya bersama Daphne Iking dalam rancangan Bella

aishwarya rai interview01

Siapa sahaja yang tidak mengenali Aishwarya Rai? Pelakon jelita yang dinobatkan di antara wanita tercantik di dunia. Bukan sekadar meniti di bibir peminat filem Bollywood, malah Aishwarya memang gah sebagai artis antarabangsa di persada dunia. Baru-baru ini Aishwarya melakukan kunjungannya ke Malaysia sempena pelancaran butik produk jenama terkemuka dan rancangan temubual wanita ntv7Bella – berjaya mendapatkan liputan eksklusif daripada beliau. Mengemudi temubual yang bakal membawa sisi lain ke dalam hidup peribadi Aishwarya Rai adalah Daphne Iking. Read more →

(SEMASA) KARNIVAL YUAN 2013

Group photo with the mascots

Seronok, menarik, dan menghiburkan merupakan antara perkataan yang menggambarkan Karnival Yuan anjuran Saluran Ceria Anda, ntv7. Sebanyak 21 lokasi serata Malaysia telah dijelajah oleh acara karnival popular itu sejak tahun 2010 dan seramai 425,000 orang pengunjung juga telah bersama-sama memeriahkan acara tersebut.

Tahun ini pastinya ntv7 tidak akan ketinggalan dalam membawakan karnival yang amat ditunggu-tunggu itu dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik dan sajian hiburan mantap bagi menceriakan lagi para pengunjung kali ini. Read more →