Tag: Pelancaran

(SEMASA) Izzue Islam duta terbaru produk AURAMEN

IMG_3655

Aura White Global Sdn Bhd hari ini melancarkan serta memperkenalkan duta bagi produk terbaru mereka iaitu Izzue Islam. Pelakon serta salah satu anggota kumpulan harmoni FORTEEN tersebut merupakan wajah baru bagi produk AURAMEN TURBO COLLAGEN. Izzue Islam merupakan duta kedua syarikat tersebut selepas pelakon terkenal Hanez Suraya yang merupakan duta bagi produk AURA WHITE BEAUTY. AURAMEN TURBO COLLAGEN merupakan minuman kolagen pertama khas untuk lelaki yang diformulasikan menggunakan teknologi dari Korea. Ia menggabungkan bahan seperti kolagen, whey protein, tribulus, campuran beri, saw palmetto, vitamin, stem sel dan sebagainya. Selain itu juga, pihak Aura White Global Sdn Bhd  yang diterajui oleh Puan Furyna Azmeer serta suami En. Saiful Safwan turut melancarkan produk terbaru iaitu AURAWHITE SKIN SPA serta minuman kolagen AURAWHITE STEM CELL. Read more →

(SEMASA) Ricoh Imaging Co. tampil dengan lensa terbaiknya dengan pelancaran Pentax K-3.

Mr. Takashi Arai, Mr. Ryota Shimamoto, Mr. Jeffrey Ng & Ms. Rissa ChanGMO

Ricoh Imaging Co. memperkenalkan siri DSLR  terbarunya, Pentax K-3 yang diperincikan dengan fungsi simulator anti-aliasing – inovasi hebat yang dicipta khusus untuk K3.  Ia semestinya berita baik kepada jurugambar professional dan peminat dunia fotografi yang ingin mengurangkan kesan beralun pada imej secara efektif tanpa perlu memasang penapis optikal anti-aliasing pada kamera.Inovasi canggih itu member pilihan kepada pengguna sama ada menggunakan penapis atau tidak sewaktu merakam pemandangan dan objek. Read more →

(SEMASA) Ford Fiesta Baharu Memulakan Debut di Malaysia dengan Parti Pelancaran yang Cukup Meriah

10014200164_d0a4d8e199_csmall

Ford telah melancarkan Ford Fiesta baharu dalam parti yang turut disertai oleh pemuzik terkenal di kampus the Taylors University Lakeside. Pengenalannya dibuat penuh gaya bersama konsert the hitz.fm Birthday Invasion LIVE dengan lebih 10,000 pengunjung dijangka hadir. Pelancaran parti ini merupakan usaha inovatif Ford dalam mengadakan majlis pelancaran kereta. Ia menghubungkan sifat  kenderaan yang seronok dipandu serta personaliti penuh semangat untuk golongan sasar yang muda dan pintar teknologi. Read more →

(SEMASA) PELANCARAN I-PMART LIFESTYLE LINK : KAD SEMUA DALAM SATU UNTUK GAYA HIDUP MODEN ANDA

IMG_0047

i-Pmart Lifestyle Sdn Bhd, sebuah syarikat promosi gaya hidup dan acara, serta sebahagian daripada Kumpulan Syarikat i-Pmart, telah melancarkan i-Pmart Lifestyle Link, sebuah kad gaya hidup semua-dalam-satu yang menawarkan bayaran Touch ’n Go, perlindungan insurans, pendapatan hospital, diskaun, penebusan, dan pelbagai faedah lain.  Read more →

(HIBURAN) Pelancaran Lagu Tema Filem “VIKINGDOM” Dendangan Kumpulan MOJO

IMG_9553

Kumpulan yang terkenal menerusi lagu Andaiku Bercinta Lagi, MOJO  telah diberi penghormatan besar oleh pihak KRU Studios untuk menyampaikan lagu tema filem Vikingdom berjudul Dark Clouds. MOJO merupakan sebuah ‘Super-Band’ yang terdiri daripada Aweera (bekas finalis OIAM) selaku vokalis utama, penampilan istimewa komposer/penerbit ternama, Edry sebagai pemain synthesizer, Denny selaku gitaris (pemuzik undangan studio dan pentas berpengalaman), dan pemain drum, Johar (anggota kumpulan Tilu dan bekas beberapa kumpulan Indie). Demi untuk mengeksplorasi visi muzik masing-masing, 4 pemuzik serba berpengalaman telah bergabung untuk menubuhkan sebuah kumpulan ‘Super-Band’ yang mempertaruhkan konsep ‘Synth-Rock’ sebagai identiti. Read more →