(SEMASA) Ford Fiesta Baharu Memulakan Debut di Malaysia dengan Parti Pelancaran yang Cukup Meriah

Spread the love

10014200164_d0a4d8e199_csmall

Ford telah melancarkan Ford Fiesta baharu dalam parti yang turut disertai oleh pemuzik terkenal di kampus the Taylors University Lakeside. Pengenalannya dibuat penuh gaya bersama konsert the hitz.fm Birthday Invasion LIVE dengan lebih 10,000 pengunjung dijangka hadir. Pelancaran parti ini merupakan usaha inovatif Ford dalam mengadakan majlis pelancaran kereta. Ia menghubungkan sifat  kenderaan yang seronok dipandu serta personaliti penuh semangat untuk golongan sasar yang muda dan pintar teknologi.

10014247193_e8c7f02090_csmall

Ia merupakan malam yang pasti diingati oleh para tetamu yang dihidangkan dengan persembahan secara langsung daripada penulis lagu-penyanyi antarabangsa dan sensasi YouTube, Chester See di samping persembahan hebat daripada artis-artis terkenal Malaysia seperti Estranged, James Baum, They Will Kill Us All, K-Town Clan, Da Vagabonds, Joe Flizzow, Mizz Nina dan Pop Shuvit & Project EAR.

“Ford bekerjasama dengan hitz.fm, stesen radio berbahasa Inggeris #1 di Malaysia untuk mewakili gaya hidup Fiesta, menghubungkan golongan sasar kenderaan ini menerusi minat mereka terhadap muzik, rakan-rakan, pengembaraan dan acara-acara seperti ini,” kata Pengurus Serantau, Asia Pasifik, Operasi Eksport &  Pertumbuhan Ford, David Westerman. “Penganjuran parti pelancaran Fiesta bersama acara ini dapat menyerlahkan lagi gaya hidup Fiesta yang bertenaga, muda dan bersosial.”

Ford Fiesta baharu kini sudah boleh ditempah di semua bilik pameran Ford di seluruh negara pada harga pengenalan RM86,9881 seunit.

 10014534923_493265e90e_c

Kempen sosial menjelang pelancaran di Malaysia

Menjelang pelancaran Ford Fiesta baharu, Ford telah memperkenalkan satu kempen media sosial yang inovatif – “Sertai Pergerakan Fiesta Serba Baharu” – yang menyerlahkan pelbagai tarikan dan personaliti Fiesta baharu iaitu bergaya, pengembaraan, teknologi pintar, prestasi dan kualiti yang sesuai dengan golongan sasar Fiesta.

Kempen “Sertai Pergerakan Fiesta Serba Baharu” mencipta gelombang dalam laman Facebook Fiesta Malaysia dengan peningkatan jumlah peminat sebanyak 68 peratus dan menerima lebih 200 penyertaan.

Menerusi kempen pra-pelancaran ini, Ford perlu berhubung dengan golongan sasar Fiesta dalam dunia digital. Ford mengenal pasti empat personaliti dalam talian yang terkenal sebagai “Agen”. Mereka mewakili sifat dan personaliti Ford Fiesta baharu. Ford kemudian bekerjasama dengan setiap Agen untuk mereka bentuk satu misi sebagai tugasan kepada para pengikut mereka yang dijemput menjadi “Agen dalam latihan”. Dalam misi ini, mereka perlu menghantar gambar dan video untuk menarik perhatian Agen bagi memperoleh peluang mencipta kemasyuran dan menikmati pengalaman gaya hidup VIP.

Dari aspek gaya Fiesta, blogger fesyen dan gaya hidup, Chuckei Baby Jane telah dipilih untuk menjadi Agen‘ Fashionista’. Ia memberi penekanan terhadap penampilan luaran dan dalaman Fiesta yang kemas serta menarik perhatian. “Agen dalam latihan” Fiesta beliau ialah Ng Lay Wee.

Bagi menunjukkan teknologi-teknologi pintar baharu yang ada pada Ford Fiesta, blogger teknologi Jason Goh daripada smashpOp telah dipilih sebagai Agen penggila teknologi (Tech Geek). “Agen dalam latihan” Fiesta beliau ialah Mohd Afiq Ashraf.

Ford Fiesta baharu adalah berkaitan tentang menikmati kehidupan bersama rakanrakan dan menjalani kehidupan seharian. Blogger kecergasan dan pengacara FourFourTwoPerformance, Fay Hokulani menjadi Agen peminat aksi (Action Addict). Beliau memilih Chai Jin Chern dan Jacob Hii sebagai “Agen dalam latihan” beliau.

Harvinder (Harvee) Singh daripada Driven pula dipilih sebagai Agen peminat tegar kereta (Car Freak). Beliau bertanggungjawab menjalin hubungan dengan peminat pemotoran, memberi penekanan terhadap prestasi dan personaliti Fiesta yang seronok untuk dipandu. “Agen dalam latihan” Fiesta beliau ialah Adora Chloe George.

Berdasarkan kepada peraduan yang bermula dari 8 Julai hingga 12 Ogos, empat orang “Agen dalam latihan” yang terpilih sudah mula menghadiri acara berprofil tinggi dan menerima hadiah masing-masing. Ini  termasuklah tiket-tiket VIP serta pas bertemu dan ramah mesra pada konsert LINKIN PARK Ogos lalu, terlibat dalan pengiklanan cetak dan digital Ford Fiesta baharu, selain layanan VIP pada parti pelancaran Ford Fiesta baharu dan Kuala Lumpur International Motor Show. Mereka juga menjadi individu pertama di Malaysia yang membawa pulang Ford Fiesta baharu selama seminggu untuk dipandu uji.

Kempen “Sertai Pergerakan Fiesta Serba Baharu” Ford dibina di atas kejayaan kempen-kempen kreatif Pergerakan Fiesta lain yang diadakan di Malaysia dan di seluruh dunia. Pada tahun 2010, Pergerakan Fiesta di Malaysia menganjurkan misi dan flash mobs di sekitar Kuala Lumpur bagi menggalakkan para pengunjung supaya memuat naik gambar dan video mereka ke laman Facebook untuk memenangi hadiah, kemasyuran dan keterujaan menjadi seorang “FoFian” gelaran komuniti Ford Fiesta untuk peminat Ford Fiesta.

Pergerakan Fiesta yang pertama dimulakan di Amerika Syarikat pada tahun 2009. Ford telah meminjamkan Fiesta kepada 100 orang berpengaruh dalam dunia digital dan golongan pencipta trend yang pintar teknologi serta sentiasa berhubung secara sosialnya selama enam bulan. Kumpulan orang berpengaruh dalam dunia digital ini telah menyempurnakan pelbagai misi di seluruh Amerika Syarikat dengan menggunakan platform media sosial Ford untuk berkongsi pengalaman mereka bersama Fiesta dalam rangkaian sosial masing-masing.

FORDsmall

Mencipta sebuah kenderaan yang menarik perhatian

Ford Fiesta baharu merupakan gabungan terbaik yang boleh para pelanggan harapkan daripada kenderaan Ford dari segi penampilan bergaya, teknologi keselamatan dan pintar yang mengagumkan, penjimatan bahan api, pretasi serta kualiti.

“Matlamat kami dengan Ford Fiesta adalah untuk menjadikan sebuah kereta yang dikenali dengan penjimatan bahan api, prestasi dan prestasi itu bertambah baik,” kata Westerman. “Fiesta baharu terus menjangkaui sempadan dan membuktikan keupayaannya sebagai sebuah kereta kompak yang menyerlah berbanding pesaingnya.

Pasukan pereka telah menghasilkan rekaan luaran yang menawan dan memberikan Ford Fiesta penampilan lebih menarik. Pada masa sama ia mengekalkan semua karekter yang membuatkan kereta ini cukup berjaya di seluruh dunia.

Fiesta baharu memanfaatkan impak pilihan warna yang segar dan sofistikated. Varian sport lima pintu hadir dalam warna biru (Celestial Blue), putih (Arctic White), kelabu (Metropolitan Grey), merah (True Red) dan oren (Chili Orange). Sementara varian empat pintu pula didatangkan dalam warna merah (True Red), putih (Arctic White), perak (Highlight Silver) dan kelabu (Metropolitan Grey).

Wajah Ford Fiesta baharu didominasi oleh gril hadapan berbentuk trapezoidal yang menjadi signatur kepada keluarga kenderaan global Ford. Reka bentuk kubah kuasa pada hud menambahkan lagi perubahannya, memberikan kereta ini penampilan yang menonjol dan yakin. Para pereka juga memberi perhatian khusus kepada lencana Ford yang dilekat pada permukaan bampar, membuktikan rasa bangga dan ketrampilannya.

Pada bahagian belakang, lampu Ford Fiesta baharu telah diberi lebih banyak perincian agar ia harmoni bersama lampu hadapan yang ekspresif. Pada model hatchback lima pintu, lampu belakang baharu meningkatkan lagi penampilannya yang sporty. Sementara varian sedan empat pintu pula menerima fascia bampar dan deck lid yang baru. Kemasan krom pada bahagian bawah bampar untuk model sedan juga memberikan penampilan yang lebih lebar dan premium.

Ruang kabin yang kontemporari dan luas

Melihat ke ruang dalaman, ia cukup ekspresif. Papan pemukanya mengambil inspirasi telefon bimbit. Stereng dibalut kulit yang dilengkapi butang kawalan audio pula menyerlahkan ruang dalaman moden, menggoda pemandu supaya masuk ke dalam kereta dan memandunya.

Ford Fiesta baharu menggunakan kemasan berkilat pada bahagian atas panel instrumen, ruang bawah konsol tengah dan panel-panel pintunya. Bagi mereka yang gemarkan ruang kabin cerah, para pereka menghasilkan panel instrumen dua tona yang membuatkannya kelihatan luas.

Kemasan satin-krom ditawarkan bersama nyalaan lampu berwarna biru (ice Blue) yang menjadi signatur kepada Ford. Lampu berwarna biru itu mengiluminasi dial, suis-suis dan paparan. Pasukan jurutera Ford juga memastikan bahawa setiap permukaan dan tombol menyerlahkan kualiti setiap kali ia disentuh.

Untuk varian sedan empat pintu, tempat duduk baharunya dibalut dengan kulit berkualiti tinggi. Sementara varian sports lima pintu pula hadir dengan tempat duduk yang dibalut oleh  gabungan fabrik dan kulit.

Kecil adalah pintar

Ford Fiesta baharu memberikan pemandu gabungan terbaik di antara dunia yang sentiasa berhubung dan pengalaman memandu yang menyeronokkan. Teknologi-teknologi seperti Ford SYNC biasanya hanya ada pada sejumlah kecil kenderaan. Tetapi Ford menjadikannya mudah diakses oleh para pelanggan dengan memperkenalkannya pada seluruh rangkaian kenderaannya, termasuklah Fiesta baharu.

Pengguna telefon pintar pada hari ini mahu mempunyai pengalaman yang bersifat peribadi dan terhubung di dalam kereta seperti di tempat-tempat lain. Jadi, teknologi SYNC Ford yang eksklusif membolehkan pemandu untuk menjawab panggilan telefon dan memilih lagu daripada peranti-peranti yang disambung menerusi Bluetooth atau USB. Pemandu juga boleh mendengar teks mesej menggunakan arahan suara. Ciri ini membantu pemandu agar tangan mereka sentiasa memegang stereng dan mata melihat ke arah jalan raya sepanjang masa.

“Ford Fiesta baharu dibina untuk generasi digital,” tambah Westerman. “Dengan SYNC, ketersambungan Bluetooth® dan kemampuan MP3, mereka yang pintar teknologi boleh terus mendengar muzik kegemaran, selain berhubung dengan dunia mereka ketika memandu.”

Sebagai tambahan, Ford Fiesta baharu didatangkan dengan banyak ciri yang memudahkan pengguna. Dengan adanya sistem kemasukan tanpa kunci pintar, pemandu tidak lagi memerlukan kunci untuk membuka kereta atau menghidupkan enjin. Kunci pintar itu membuka kunci pintu secara automatik sebaik sahaja anda mendekatinya. Anda juga boleh menekan butang pada hendal pintu untuk membukanya. Sebaik sahaja berada di dalam kereta, anda sudah boleh memandu dengan hanya menekan butang penghidup enjin atau Push Button Start.

Ford Fiesta baharu kini juga hadir dengan penggilap cermin bersama alat pengesan hujan. Ia menunjukkan bahawa bagaimana teknologi mampu berfikir dan bertindak mendahului manusia untuk memberikan lebih kemudahan dan keselamatan. Menggunakan satu alat pengesan optikal pada bahagian belakang cermin utama, sistem itu mengesan hujan secara automatik dan mengaktifkan penggilap cermin untuk pemandu. Memandangkan Malaysia sering dilanda hujan lebat, ciri ini nyata amat berguna.

Apabila memandu di atas jalan yang basah, teknologi pengesan hujan akan membantu pemandu jika berlaku perkara tidak diduga seperti percikan air ke arah cermin utama secara tiba-tiba daripada kereta yang bergerak dari arah bertentangan atau yang memotongnya.

Satu lagi penambahbaikan kepada Ford Fiesta baharu ialah teknologi lampu utama automatik yang membantu pemandu memandu dengan selamat pada setiap hari. Lampu utama akan dinyalakan secara automatik apabila keadaan sekeliling menjadi semakin gelap. Ciri ini sangat membantu dalam persekitaran berbeza. Misalnya ketika memandu di dalam terowong atau memasuki ruang parkir di bawah bangunan. Apa yang perlu anda lakukan adalah kekal fokus memandu.

Lampu utama Fiesta juga hadir dengan pencahayaan keselamatan. Ia akan menyala selama beberapa saat selepas enjin dimatikan dan keluar dari kereta bagi memastikan anda boleh berjalan dengan selamat, walaupun dalam keadaan yang gelap. Kenderaan ini turut dilengkapi lampu kecil yang menerangkan bahagian luar kereta bagi memastikan anda lebih selamat.

Kuasa yang menjimatkan bahan api

Ford Fiesta baharu dikuasakan oleh unit enjin petrol empat silinder global bersesaran 1.5 liter bersama pemasaan aci sesondol pemboleh ubah bebas berkembar (Ti-VCT). Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 82 kW (112 PS) pada 6,300rpm dan tork puncak 140 Nm pada 4,400rpm.

 

Teknologi Ti-VCT membolehkan kawalan boleh ubah “injap tindanan” dilakukan dengan sangat tepat. Maksudnya, tempoh masa injap ekzos dan injap pengambilan di dalam enjin dibuka pada masa yang sama. Bagi pemandu, ini bermakna kuasa tork pada kelajuan rendah dan penjimatan bahan api dapat ditingkatkan.

Enjin 1.5-liter Ti-VCT dipadankan bersama transmisi automatik enam kelajuan Ford PowerShift yang efisien dengan SelectShift. Ia menawarkan menawarkan penjimatan bahan api sehingga 5.8 L/100km dan emisi karbon dioksida 137 g/km.

Sebagai tambahan, Ford Fiesta baharu menampilkan sistem pengecasan janaan semula pintar yang mengawal bilakah alternator perlu mengecas bateri kereta. Alternator akan mengecas bateri pada masa yang paling ekonomikal, misalnya ketika membrek, bergerak atau melahu. Sistem ini mampu memanjangkan hayat bateri dan meningkatkan penjimatan bahan api.

Bagi membantu para pemandu meningkatkan kemahiran pemanduan yang menjimatkan, Ford Fiesta baharu tampil dengan ciri Ford EcoMode. Ia merupakan aplikasi perisian yang membantu mengukur penukaran gear ketika memandu pada kelajuan sama dan memecut. Pemandu yang mempunyai kemahiran memandu secara menjimatkan akan diberi pujian dalam bentuk ikon daun yang dipaparkan pada kluster instrumen kenderaan.

 

 

Semakin seronok dipandu

Aspek keselesaan telah dipertingkatkan dan pada masa sama mengekalkan pengendalian sporty yang sudah menjadi signatur Fiesta. Spesifikasi penyerap hentak telah diubah suai untuk meningkatkan kualiti pengendalian. Suspensi hadapan baharu menawarkan prestasi menyerap hentak yang lebih baik ketika melalui bonggol besar. Stereng yang dibantu oleh kuasa elektrik (EPAS) juga telah ditala agar selari dengan karekteristik suspensi baharu tersebut

Di samping kualiti pemanduan dan pengendaliannya yang mengagumkan, Ford Fiesta baharu telah direka supaya mampu menawarkan perlindungan dan sokongan terbaik kepada pemandu menerusi rangkaian ciri-ciri termaju. Dianggarkan 55 peratus daripada struktur badannya diperbuat daripada besi yang kukuh dan ultra tegar seperti besi boron, sekali gus membuatkan kerangka Fiesta kukuh dan ringan

Ford Fiesta baharu terus menawarkan pakej keselamatan paling komprehensif dalam kelasnya. Ini termasuklah beg udara untuk pemandu dan penumpang hadapan sebagai ciri standard. Ia turut dipasang dengan Electronic Stability Program (ESP) yang membantu pemandu agar terus dapat mengawal kenderaan sepanjang masa, terutama ketika memandu di atas jalan yang licin.

Bagi memastikan memandu tidak menjadi satu tekanan, Ford Fiesta baharu hadir dengan pelbagai sistem bantuan pemanduan. Alat pengesan parkir pada bahagian belakang kenderaan memastikan pemandu tidak melanggar halangan yang mereka tidak nampak. Sementara Hill Launch Assist pula membantu pemandu supaya dapat memandu dengan sempurna di laluan berbukit apabila ia memastikan kereta tidak tergelongsor selama tiga saat ketika berada di cerun.

Jaminan lanjutan dan kos pemilikan yang lebih baik

For kini menawarkan jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 200,000km untuk Ford Fiesta baharu.

Memandangkan semua kenderaan penumpang Ford di Malaysia hadir dengan Pelan Servis Lanjutan Ford (ESP), maka Fiesta tidak terkecuali. ESP menawarkan ketenangan jiwa kepada para pelanggan tanpa kos tambahan. ESP Ford adalah program penyelenggaraan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 60,000km yang meliputi kos alat ganti dan buruh secara percuma.

Sebagai tambahan kepada pemeriksaan rutin dan servis penyelenggaraan, ESP Ford turut melibatkan penggantian percuma untuk sejumlah barangan terpilih seperti palam pencucuh, penyerap hentak, tali enjin, pad brek dan bilah penggilap cermin.

Jaminan selama lima tahun yang digabungkan dengan ESP Ford ditawarkan untuk membantu pelanggan Ford mengurangkan kos. Pada masa yang sama meningkatkan nilai jualan semula kenderaan mereka.

Maklumat lanjut mengenai Ford Fiesta baharu, sila layari laman web: www.ford.net.my atau kunjungi laman Facebook Fiesta Malaysia: facebook.com/fordfiestamy.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *