Tag: RAIHAN

(HIBURAN) RAIHAN DALAM GARIS MASA – KONSERT YANG BAKAL MEMECAHKAN PERSEPSI STEREOTAIP TERHADAP RAIHAN

MALAM Sabtu ini merupakan sejarah penting bagi Raihan dan para peminat mereka.  Selepas 22 tahun keberadaan dalam industri seni tanah air, kumpulan bertaraf antrabangsa dan dilabelkan legenda ini bakal menggegarkan Stadium Malawati, Shah Alam menerusi konsert berskala besar, Garis Masa Raihan. Read more →

(HIBURAN) KONSERT GARIS MASA RAIHAN TARIKAN CAHAYA ISRAK MIKRAJ

Peristiwa Israk Mikraj adalah salah satu kekuasaan yang ditunjukkan oleh Allah SWT. Jatuh pada 27 Rejab setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia memuliakan sambutannya dengan pelbagai keraian termasuk ceramah atau festival bersifat kerohanian yang mengandungi pengisian tentang Israk Mikraj. Read more →

(HIBURAN) ALIF SATAR & THE LOCOS x RAIHAN TAMPILKAN EP ‘THE SUNNAH THE BETTER’

Karya-karya Unggul Raihan Diberikan Nafas Baharu Dalam Sebuah EP Bersempena Ramadan Yang Bakal Tiba
KUALA LUMPUR, 31 Mac 2022 – Penyanyi, pelakon dan pengacara nombor satu negara, Alif Satar dan juga kumpulannya The Locos bersama-sama kumpulan nasyid legendaris tanah air, Raihan, kembali mengimarahkan bulan suci Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi dengan sebuah EP khas berjudul ‘The Sunnah The Better’ yang diterbitkan secara eksklusif oleh label rakaman terkemuka, Warner Music Malaysia. Read more →

(HIBURAN) IQRA – ALBUM KOMPILASI MAWI & RAIHAN

Iqra Mawi & RaihanSMALL

Apabila berbicara mengenai nasyid atau lagu ketuhanan, sudah tentu dua nama gergasi industri tempatan akan bermain di minda para pendengar iaitu Mawi dan juga Raihan. Kedua-dua barisan artis ini sinonim dengan imej ketuhanan yang sering dibawa oleh mereka. Raihan bukanlah calang calang nama di dalam industri muzik tempatan.  Kejayaan mereka boleh dilihat dengan penjualan album mereka terutama sekali album yang berjudul “Puji-pujian” dengan jualan lebih dari 750 000 unit. Bukan itu sahaja, Raihan juga merupakan antara barisan artis tempatan yang pernah membuat persembahan di Royal Albert Hall, London dan telah meraih lebih dari 24 anugerah tempatan dan juga antarabangsa. Selain daripada itu, Permaisuri United Kingdom, Queen Elizabeth II juga pernah bertemu dengan mereka secara peribadi.  Ini secara tidak langsung telah menaikkan taraf status mereka dan juga nama Malaysia di arena industri muzik antarabangsa. Read more →