Tag: Mawi

(HIBURAN) UBATI KERINDUAN PEMINAT, MAWI UMUM KONSERT TSUMAWI WORLD LIVE IN KUALA LUMPUR

BANDAR BARU BANGI- Hampir dua dekad terlibat dalam bidang seni nama Mawi sebenarnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Populariti yang diraih oleh anak seni yang satu ini tidak perlu dipertikaikan lagi sementelah beliau sudah berjaya menempa pelbagai kejayaan dalam bidang kreatif. Read more →

(HIBURAN) ZIM ZIM ALA KAZIM – ‘Inspirasi Kisah Benar Dato’ Ustaz Kazim Elias Terkena Penyakit Misteri’

Nama Dato’ Usyaz Kazim Elias sememangnya cukup dikenali ramai sebagai seorang pendakwah dan penceramah bebas. Malah, kisah beliau yang pernah berhadapan dengan penyakit misteri turut mendapat liputan pelbagai pihak. Maka, ia telah memberi inspirasi kepada syarikat produksi Mawi World Entertainment untuk mengangkat kisah berkenaan menjadi sebuah filem berjudul Zim Zim Ala Kazim. Read more →

(HIBURAN) IQRA – ALBUM KOMPILASI MAWI & RAIHAN

Iqra Mawi & RaihanSMALL

Apabila berbicara mengenai nasyid atau lagu ketuhanan, sudah tentu dua nama gergasi industri tempatan akan bermain di minda para pendengar iaitu Mawi dan juga Raihan. Kedua-dua barisan artis ini sinonim dengan imej ketuhanan yang sering dibawa oleh mereka. Raihan bukanlah calang calang nama di dalam industri muzik tempatan.  Kejayaan mereka boleh dilihat dengan penjualan album mereka terutama sekali album yang berjudul “Puji-pujian” dengan jualan lebih dari 750 000 unit. Bukan itu sahaja, Raihan juga merupakan antara barisan artis tempatan yang pernah membuat persembahan di Royal Albert Hall, London dan telah meraih lebih dari 24 anugerah tempatan dan juga antarabangsa. Selain daripada itu, Permaisuri United Kingdom, Queen Elizabeth II juga pernah bertemu dengan mereka secara peribadi.  Ini secara tidak langsung telah menaikkan taraf status mereka dan juga nama Malaysia di arena industri muzik antarabangsa. Read more →

(HIBURAN) Soroti perjalanan dan cabaran 13 selebriti popular tanah air dalam dunia perniagaan

astro artis meniagasmall

Istimewa bulan Ogos ini, pihak Astro Ria dengan berbesar hati membawakan sebuah lagi program realiti terbaru berjudul Selebriti Bizz yang bakal mengajak para penonton untuk menyusuri kehidupan seharian selebriti-selebriti terkenal tanah air yang terlibat dalam bidang perniagaan. Program ini boleh ditonton menerusi saluran 104 pada setiap hari Selasa, jam 9.30 malam bermula pada 27 Ogos 2013. Read more →