Tag: raja lawak

(HIBURAN) Kumpulan Wala Juara Raja Lawak musim ke 7

IMG_6090crop

Teka-teki siapakah yang bakal merangkul gelaran juara! di gelanggang akhir Raja Lawak Musim Ke-7 akhirnya terjawab apabila kumpulan Wala yang terdiri daripada Wan Mustapha Muntek dan Walawd Parman berasal dari Sabah dinobatkan selaku juara di gelanggang akhir Raja Lawak 7. Selaku juara, kumpulan itu berjaya meraih hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi. Manakala naib juara dimenangi oleh kumpulan Sakan yang dianggotai oleh Husni Hussain, Ku Ismafaizul Ku Ismail dan Mohd Saiful Nizam Mansor dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM50,000. Manakala tempat ketiga menjadi milik kumpulan dari Singapura iaitu Bora dan Gamat berada di tempat keempat. Bora dan Gamat tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing-masing berjaya meraih hadiah wang tunai RM30,000 dan RM10,000 berserta trofi.

Read more →