Tag: remy ishak

(HIBURAN) QIFARAH, JEJAK WARISAN BERDARAH KELUARGA! 

Kuala Lumpur, 7 Oktober 2025 – Dalam setiap bisikan gelap, tersimpan kebenaran yang menanti untuk terbongkar. Itulah yang dibawa oleh Qifarah, taruhan pertama Ghaz Abu Bakar dalam genre seram, yang bakal menghantui pawagam seluruh negara bermula 9 Oktober 2025. Mengangkat tema penebusan dan pengampunan, filem ini menjanjikan penceritaan penuh misteri, suspens, serta bayangan ghaib yang akan terus mengikat jiwa penonton hingga ke detik terakhir. Read more →

(HIBURAN) ASTRO SHAW & WONDA COFFEE MENERUSKAN LEGASI MALAYSIA DENGAN MELANCARKAN MINUMAN,‘WONDA KOPI EDISI KLUANG’ & PERKENALKAN REKAAN BAHARU SUT IKONIK KELUANG MAN

Kuala Lumpur, 23 Ogos 2024 – Saksikan gabungan dua jenama ikonik, Keluang Man dan Wonda Coffee bersatu dalam kolaborasi yang penuh mengujakan! Penerbit filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man iaitu Astro Shaw bersama salah satu jenama kopi sedia diminum (RTD) terkemuka di Malaysia, Wonda Coffee dengan bangganya melancarkan ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’. Kini boleh didapati di seluruh negara, kerjasama ini bukan sahaja meraikan rasa kaya yang digemari rakyat Malaysia tetapi turut memperkenalkan rekaan baharu sut ikonik Keluang Man bagi versi filem ‘live action’. Ini menandakan transformasi paling signifikan dalam sejarah watak tersebut apabila sut Keluang Man yang terbaharu itu menyaksikan perubahan dari sudut warna dan reka bentuk topeng. Read more →

(HIBURAN) FILEM MALAYSIA ‘THE EXPERTS’ TARIK TUMPUAN DUNIA, DITAYANGKAN DI FESTIVAL FILEM ANTARABANGSA SHANGHAI 2024

14 Jun 2024, Kuala Lumpur – Filem aksi terbaru dari Malaysia terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures, The Experts melakar pencapaian membanggakan apabila dipilih untuk tayangan di Festival Filem Antarabangsa Shanghai (SIFF) yang bermula hari ini sehingga 23 Jun. Diletakkan di bawah segmen ‘The Belt and Road Film Week’, filem itu bakal ditayangkan di beberapa lokasi termasuk di Shanghai, Nanjing, Suzhou, Hangzhou, Ningbo dan Hefei, China. Read more →

(HIBURAN) FILEM KELUANG MAN MULA PENGGAMBARAN, ASTRO SHAW UMUM BARISAN PELAKON LAIN

Kuala Lumpur, 10 Jun 2024 – Filem aksi superhero ikonik Malaysia yang paling dinanti-nantikan, KELUANG MAN terbitan Astro Shaw telah memulakan penggambaran secara rasmi mulai 4 Mei lalu! Penggambaran dijalankan di sekitar Lembah Klang serta lokasi yang amat sinonim dengan animasi Keluang Man iaitu Kluang, Johor. Read more →

(HIBURAN) FILEM THE EXPERTS UNGGULI BOX OFFICE 4 HARI TAYANGAN RM 5 JUTA!

27 Mei 2024, Kuala Lumpur – Kini giliran filem The Experts terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures mengungguli carta kutipan filem tempatan dengan meraih kutipan RM5 juta dalam tempoh 4 hari tayangan rasmi di pawagam seluruh negara. Read more →