SUBANG JAYA, 7 September 2026 – PROTON hari ini mengumumkan rangkaian PROTON S70 yang diperluaskan, menjadikan sedan terkemuka dalam kelasnya ini lebih mudah diakses berbanding sebelum ini menerusi penambahan dua varian baharu yang dikuasakan oleh enjin i-GT 1.5 liter aspirasi semula jadi. Dipadankan dengan transmisi boleh ubah berterusan (CVT), pilihan sistem pacuan baharu ini membolehkan sedan segmen-C terlaris PROTON berada pada kedudukan harga yang dianggarkan di bawah RM60,000, sekali gus meluaskan tarikannya kepada lebih ramai bakal pembeli. Tempahan dibuka mulai hari ini, 7 September di semua cawangan sah PROTON di seluruh negara. Read more →
