Tag: Saleem

(HIBURAN) ” Konsert Gegar 5 Legenda ” mengimbau nostalgia

IMG_8244smallGMO

Kuala Lumpur, 16 Mac 2013 – Kepuasan jelas terpancar pada wajah peminat-peminat 5 legenda rock tanah air ini yang memenuhi segenap ruang Istana Budaya sempena Konsert Gegar 5 Legenda. Konsert ini merupakan slot gantian selepas berlakunya penarikan diri salah satu persembahan yang sepatutnya memenuhi slot tarikh di Istana Budaya. Perancangan susulan pihak Istana Budaya dengan memasukkan program Konsert Gegar 5 Legenda ini bagi memenuhi kekosongan slot persembahan benar-benar berhasil dan memenuhi kehendak peminat lagu-lagu era 90-an. Persembahan yang berlangsung hampir 2 setengah jam ini menampilkan 5 otai terhebat seperti Saleem, Aris Ariwatan, Rahmad Mega, Zamani Slam dan Ali Terra Rossa. Read more →

(HIBURAN) Konsert Gegar 5 Legenda

IMG_4337smallGMO

Kuala Lumpur – Konsert Gegar 5 Legenda yang bakal berlangsung di Istana Budaya (IB) pada 22 hingga 24 Februari depan bagi menggantikan teater Ombak Rindu yang ditangguhkan pementasannya tidak dibuat secara ‘tangkap muat’. Konsert Gegar 5 Legenda bakal menyaksikan gabungan lima artis rock di era 90an, iaitu Saleem (Iklim), Aris Ariwatan, Rahmat (Mega), Zamani (Slam) dan Ali (Terra Rossa). Ia bakal diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK). Read more →