Tag: Suhan Movies

(HIBURAN) SUHAN MOVIES MEMPERSEMBAHKAN FILEM LAWAK PECAH PANGGUNG 2017 – REMPIT SAMPAI LANGIT

 

PETALING JAYA, 14 November 2017 – Suhan Movies telah menganjurkan sebuah Tayangan Perdana bagi filem terbaharu terbitan mereka berjudul Rempit Sampai Langit, di MMCineplexes, eCurve, Mutiara Damansara. Tayangan Perdana yang dihadiri oleh barisan pelakon dan tenaga kerja produksi filem tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran hampir 200 orang ‘Mat Motor’ serta persembahan pentas oleh penyanyi lagu tema Sampai Langit, Usop, finalis Mentor Milenia 2017. Read more →

(SEMASA) ESCAPE momentum terbaru perkhidmatan Celcom

Picture 1

Celcom Axiata Berhad telah memperkenalkan satu perkhidmatan hiburan terbaru yang dinamakan sebagai ESCAPE yang merupakan satu perkhidmatan kandungan atau program secara online yang menyediakan kandungan seperti filem, drama bersiri, konsert dan banyak lagi. Perkhidmatan yang bakal beroperasi sepenuhnya pada 1 September 2013 ini boleh diakses menggunakan web browser ataupun menggunakan aplikasi Android dan iOS pada peranti gadjet peribadi. Bercakap dipelancaran ESCAPE bertempat di Shangri-La Hoteldi Kuala Lumpur, Dato’ Sri Shazalli Ramly, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata, perkhidmatan ini disasarkan kepada kesemua peringkat pelanggan Celcom yang sedia ada dan bakal dikembangkan lagi ke negara-negara lain seperti Sri Langka, Bangladesh, Combodia, Indonesia, Singapura Pakistan dan juga Thailand yang mana Celcom Axiata mempunyai syarikat bersekutu yang beroperasi dikesemua negara tersebut. Read more →