Tag: Syamel

(HIBURAN) ‘Wira Di Hati’ Syamel  – Nukilan khas buat para pekerja barisan hadapan

Selepas muncul dengan single ‘Curang’ tidak lama dulu, penyanyi dan pencipta lagu berbakat Syamel muncul dengan sebuah lagi lagu istimewa sebagai tanda penghargaan untuk para pekerja barisan hadapan atau ‘frontliners’ yang berkorban demi rakyat dalam menangani wabak Covid-19. Lagu yang berjudul ‘Wira di Hati’ ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Syamel sendiri dan diterbitkan oleh Zimi Sofarz. Read more →

(HIBURAN) Syamel Tunjuk Kemarahan Dalam ‘Curang’

Syamel bukanlah nama asing dalam industri muzik tempatan. Sejak bakatnya dicungkil lewat program realiti Akademi Fantasia tidak lama dahulu, beliau terus mengukir satu demi satu kejayaan lewat karya-karya seninya yang berkualiti. Terbaru, Syamel kembali dengan sebuah lagi lagu solo hebat berjudul ‘Curang’. Read more →

(HIBURAN) Syamel Kembali Menyemarakkan Persada Muzik Tanahair Dengan Single Terbaharu ” Biar Cinta”

 

KUALA LUMPUR, 22 Disember 2017 – Juara Duo Star 2016 yang baharu sahaja pulang dari mengadakan peresembahan di Chengdu, China mewakili Malaysia pada ABU TV Song Festival 2017 dan naib juara Akademi Fantasia 2015, Syamel Aqmal Mohammad Fodzly, 24, atau lebih mesra dengan panggilan Syamel kembali menyemarakkan persada muzik tanahair selepas kejayaan memberangsangkan single pertama ‘Hidup Dalam Mati’ dengan tontonan melebihi 15 juta di laman sesawang YouTube dan diikuti dengan single ‘Lebih Sempurna’ dengan 3 juta tontonan dan single ‘Aku Cinta’ duet bersama Ernie Zakri dengan tontonan hampir 6 juta. Kini, lebih bersemangat dan yakin, Syameel kembali dengan single terbaharu berjudul ‘Biar Cinta’ hasil ciptaan bersama komposer dan penerbit disegani negara, Edry Abdul Halim. Read more →

(HIBURAN) Pasangan Duet, Syamel dan Ernie Zakri Juara Sulung DUO STAR Musim Pertama

Pasangan duet, Syamel dan Ernie Zakri menepati ramalan ramai apabila dinobatkan sebagai juara sulung program Duo Star musim pertama yang dipancarkan dari Auditorium Majlis Perbandaran Shah Alam. Read more →