Tag: Top 5

(HIBURAN) Top 5 pencalonan penuh Anugerah Skrin 2013

TV3-SHOWS-featurcro[p

Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) memecah tradisi apabila buat pertama kalinya membuat pengumuman awal lima pencalonan terbaik (Top 5) bagi 30 kategori yang bertanding menerusi rancangan Debaran Anugerah Skrin 2013. Kemuncak acara itu bakal berlangsung pada 29 November 2013 di Stadium Malawati, Shah Alam , Selangor pada pukul 9 malam. Secara keseluruhan, Anugerah Skrin 2013 bakal mempertandingkan 30 kategori yang meliputi 11 kategori drama, tujuh kategori filem, enam kategori penerbitan dalaman dan enam kategori teknikal. Untuk kategori drama, 16 buah drama, 13 drama rantaian dan empat drama komedi telah dicalonkan manakala untuk kategori filem 54 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan. Seperti tahun sebelumnya. Media Prima Berhad juga turut menjemput stesen televisyen RTM, ASTRO dan juga TV AlHijrah untuk bersama-sama menyertai anugerah berprestij ini. Read more →

(HIBURAN) Senarai Top 5 Anugerah Industri Muzik ke 20 (AIM 20)

IMG_0675gmo

Anugerah Industri Muzik ke 20 (AIM 20) kembali lagi !!!  Satu sidang media untuk mengumumkan calon-calon top 5 bagi semua kategori telah dibuat di Hotel Istana Kuala Lumpur pada 24 Oktober 2013 lalu. Untuk edisi kali ini, Anugerah anjuran Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) itu menyenaraikan sejumlah 85 calon yang disenarai pendek dari 17 buah kategori. Dengan penambahan kategori baru iaitu Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu, AIM 20 bakal bersiaran di Stadium Putra Bukit Jalil pada hari Sabtu, 14 Disember 2013 di Astro Ria dan Astro Maya HD. Era FM bertindak selaku radio rasmi bagi AIM 20. Read more →