Tag: Zizan Nin

(HIBURAN) Astro Ceria pertaruhkan drama bersiri terbaru ” Strawberi & Karipap”

IMG_9243

Pada bulan September nanti, Astro Ceria akan menayangkan sebuah drama komedi bersiri berjudul “ STRAWBERI & KARIPAP”. Drama ini akan menemui penonton pada setiap Ahad, jam 11.00 pagi bermula 1 September 2013 di saluran 611. Drama 13 episod arahan P. Prem Anand Pillai ini merupakan terbitan Temenggong Picture Sdn Bhd dan menampilkan barisan pelakon yang mantap antaranya Zizan Nin, Nellydia Senrose serta pelakon cilik yang sungguh berbakat iaitu Mia Sara & Raykarl. Turut menyerikan lagi drama bersiri ini ialah kemunculan beberapa perlakon terkenal di dalam sebahagian episode nya antaranya Yana Shamsudin, Sein , Nur Fathia, Hefny Saad selain Shae (penyanyi Indonesia), Jihan Raja Laak dan juga Wan Sharmila. Read more →

(HIBURAN) TANDA PUTERA kembali bernafas ….

group photo (2)

Akhirnya TANDA PUTERA akan ke layar lebar di 60 pawagam di seluruh negara mulai 29 Ogos 2013 setelah melalui 2 sambutan Hari Raya Aidilfitri, 2 pilihan raya, satu umum dan satu kecil, serta terus bertahan melawan ramalan kalendar purba kaum Mayan yang meramalkan tarikh 21.12.2012 sebagai tarikh akhir zaman! Dalam masa setahun filem ini menunggu giliran di pawagam, industri filem Malaysia telah mengalu-alukan pelantikan Ketua Pengarah baru di Finas, Kementerian yang baru dan juga seorang Menteri baru.  Tim Produksi Pesona Pictures Sdn Bhd yang telah menerbitkan filem ini bersama FINAS, sangat berterima kasih kepada ramai yang telah memberi sokongan dan galakan, tidak lupa juga kepada Menteri Komunikasi dan Multi Media, YB Dato Shabery Cheek yang telah meluluskan tayangan umum TANDA PUTERA. Mereka sangat teruja orang ramai akhirnya akan dapat menyaksikan filem ini. Read more →