Tag: zizan razak

(HIBURAN) Pelancaran Filem “Bikers Kental”

IMG_1860

Bertempat diperkarangan majlis KL Bike Week 2012, telah berlangsungnya majlis pelancaran filem terbaru arahan sutradara Helmi Yusof yang merupakan usaha sama penerbit Tayangan Unggul dan Calif work Studios. Filem yang mengenai pengembaraan konvoi motorsikal berkuasa besar ke Thailand ini merupakan satu cetusan idea pengarah yang memang meminati motor berkuasa besar. Pengambaran filem ini juga berbentuk kembara kerana ia dilakukan sepanjang perjalanan ke Krabi Thailand. Saudara Helmi Yusof selaku pengarah filem ini menjelaskan kepada pihak media bahawa banyak cabaran yang mereka lalui sepanjang pengambaran kembara bermotosikal ini disebabkan beberapa faktor seperti kerosakan motorsikal, kesesakan lalu lintas dan sebagainya. Antara pengalaman melucukan , Helmi menambah pihak produksi dimarahi oleh pengguna-pengguna jalan raya akibat kesesakan yang berlaku semasa berlangsungnya pengambaran tersebut. Bercakap mengenai kos sepenuhnya dan pemilihan pelakon filem ini, Gayatri Su-Lin Pillai menjelaskan kos penerbitan filem ini mencecah RM1.7  Juta dan pemilihan pelakon adalah persetujuan bersama Tayangan Unggul dan Helmi berdasarkan kriteria yang diperlukan. Read more →

(HIBURAN) Filem ‘Bikers Kental’

Zizan Razak bakal kembali ke layar perak untuk filem terbarunya “Bikers Kental”.  Filem arahan Helmi Yusof mengisahkan seorang anak muda bernama Bidin Al Zaifa, yang mempunyai minat yang amat mendalam dengan motor berkuasa besar. Beliau yang bekerja di sebuah garaj workshop motor milik abang sepupunya, Aidil Al Zaifa. Bidin mempunyai impian.Impiannya adalah untuk menunggang motosikal besar dari Kuala Lumpur terus ke Thailand. Walaupun seorang yang cuai, sikap Bidin amat disenangi dan disukai ramai, Bidin telah ditawarkan peluang untuk berkonvoi bersama – sama dengan geng motosikal Eddie Cuardo, salah seorang pelanggan garaj Aidil.  Read more →

(HIBURAN) “Hantu Kapcai” di pawagam pada 27 September 2012.

Filem ini mengisahkan tentang Ajib (Zizan) seorang mat rempit yang mempunyai masalah kewangan. Dia cuba menyelesaikan hutangnya dengan memasuki perlumbaan haram. Namun sayangnya, dia mati ketika perlumbaan selepas dicabar oleh musuhnya Tiger (Remy).

Read more →

(HIBURAN) Pra Tonton Filem : Mael Lambong

Filem Mael Lambung arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri merupakan filem komedi yang bakal ditayangkan dipawagam pada 21 Jun 2012 nanti. Read more →

(HIBURAN) Tayangan Eksklusif : JALAN KEMBALI – Bohsia 2

Sinopsis

 JALAN KEMBALI…  Bohsia 2

Sejarah ‘hitam’ yang pernah tercoret dalam diari hidup Amy sebagai bohsia
akhirnya telah membuka pintu hatinya untuk bertaubat.  Dia melangkahkan
kaki ke sebuah pusat pemulihan yang membantu gadis terlanjur dalam
mengubah nasib hidup dan menjadikan Islam sebagai panduan serta jalan
hidup baru. Read more →