Anuar Zain, yang sememangnya sinonim dengan persembahan Minggu Setiausaha akan kembali pada tahun ini dengan satu-satunya persembahan eksklusif beliau bersempena Minggu Setiausaha, pada 8 April di Hotel One World.
Pada tahun lepas, Anuar Zain meraikan ulangtahun ke tiga puluh beliau dalam industri hiburan melalui Konsert Tiga Dekad, Muzik, Cinta dan Sanubari bersama enam ribu penonton. “Sememangnya pengalaman itu amat manis dan bermakna untuk saya. Kini saya kembali untuk menemui anda semua pada Minggu Setiausaha tahun ini– “Terindah.. Anuar Zain”, ujarnya sewaktu sidang akhbar yang berlangsung baru-baru ini di restoran Bijan, Changkat Bukit Bintang.
Persembahan istimewa ini menjanjikan kombinasi pancaindera muzik dan vokal. Seperti temanya, “Terindah… Anuar Zain”, majlis ini diiringi oleh persembahan eksklusif, dimana Anuar akan memberikan persembahan yang terbaik agar ianya menjadi memori yang terindah buat anda semua.
“Terindah… Anuar Zain”, adalah hadiah ikhlas dari saya kepada mereka yang hadir. Saya amat bersyukur dengan sokongan yang saya terima selama ini. Saya berharap agar anda dapat bersama sama saya pada hari itu.”, kata Anuar yang terkenal dengan persembahannya yang mantap.
Seperti Konsert Tiga Dekad yang lalu, pihak pengurusan Anuar Zain turut merancang beberapa kejutan pada petang itu. “Kami bekerja keras untuk memberikan satu persembahan yang bermakna untuk anda semua. Terdapat juga hadiah-hadiah eksklusif untuk peminat bertuah saya”, katanya lagi.
Tiket untuk ” Terindah … Anuar Zain ” bermula dari RM480 dan akan berada di pasaran pada 7 Februari melalui TicketCharge , www.ticketcharge.com.my dan agen tiket rasmi TicketCharge. Jualan meja VIP boleh didapati terus dari Anuar Zain Network, untuk sebarang pertanyaan , sila hubungi 019 3177496 ( Liz ) atau 012 464 2030 (Dura). Ikuti perkembangan terbaru Anuar Zain di Facebook rasmi beliau (www.facebook.com /anuarzainnetwork ) atau blogger rasmi, Budiey.com untuk maklumat terkini.
The Show – Up close and personal
The Voice – Smooth and Soulful
The Experience – Terindah… Anuar Zain
“Terindah… Anuar Zain” Factsheet
Date: 8 April 2014, Tuesday
Time: Door Opens 12.00 pm
Venue: Imperial Ballroom, One World Hotel
Ticketing Agent: TicketCharge www.ticketcharge.com.my (+603 9222 8811)
Tickets on sale 7th February onwards
Price per seat (ticketing fee not included): RM480, RM680, RM980 and RM1,380
VIP Tables: Kindly contact Anuar Zain Network (+6019 3177 496 or +6012 464 2030)