(SEMASA) USAHA TAHUNAN KFC BAGI MEMBASMI KELAPARAN KEMBALI UNTUK TAHUN KE-10

Spread the love

IMG-20160611-WA003

KUALA LUMPUR, 10 JUN 2016 – Add Hope, sebuah inisiatif berterusan oleh KFC Malaysia untuk membasmi kelaparan kembali dengan lebih agresif Ramadan ini dengan pelbagai strategi untuk mengumpul dana dan membangkitkan sokongan dan kesedaran yang lebih tinggi daripada orang ramai. Pengacara dan pelakon popular Scha Alyahya, terus bekerjasama dengan KFC Malaysia untuk memainkan peranan sebagai jurucakap bagi usaha murni ini, membasmi kelaparan ke peringkat yang seterusnya.“Perjalanan tahun lalu bersama pasukan dalam usaha ini merupakan sebuah pengalaman yang amat menginsafkan/penuh keinsafan. Saya berasa amat tersentuh apabila melihat insan disekeliling kita tidak mampu untuk mendapatkan sumber makanan yang mencukupi, apatah lagi untuk memberi sesuap nasi kepada ahli keluarga mereka. Sebagai seorang ibu, saya tidak dapat membayangkan keperitan melihat anak sendiri tidur dalam keadaan lapar. Pengalaman tahun lepas telah menyedarkan saya bahawa situasi perit ini merupakan sebuah realiti yang terpaksa diharungi oleh sesetengah keluarga setiap hari. Pada masa yang sama ia juga memberikan saya kepuasan apabila melihat senyuman dan perubahan yang mampu kita lakukan menerusi Add Hope. Usaha murni ini sangat dekat di hati saya dan saya berasa amat berbesar hati untuk terus menyokong KFC melalui kempen ini,” ujar Scha.

IMG-20160611-WA001Bagi tahun yang ke-10, kempen Add Hope yang sebelum ini dinamakan ‘World Hunger Relief’, bukan sekadar hanya mengumpul dana, malah ia adalah usaha yang berterusan sepanjang tahun.  “Masih ramai golongan di luar sana yang memerlukan bantuan dan kami di KFC terus komited untuk memperjuangkan usaha ini, mewujudkan kesedaran dalam orang ramai. Add Hope adalah bukan sebarang kempen, ianya adalah satu usaha yang merangkumi setiap lapisan organisasi, daripada peringkat restoran ke pihak pengurusan, disokong padu oleh masyarakat yang terus telus untuk menghulurkan bantuan,” kata Sharifah Musainah, Pengurus Besar QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd.

IMG-20160611-WA000

IMG-20160611-WA002

Sambungnya lagi, “Setiap tahun kami berasa sangat terharu melihat sumbangan yang dihulurkan oleh pelanggan-pelanggan kami sehinggakan tahun lepas kami berjaya mengumpulkan dana yang lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sedar tak sedar, masih ramai diantara mereka yang memerlukan bantuan dan kami di KFC berharap sokongan dari pelanggan-pelanggan kami, khususnya rakyat Malaysia akan terus meningkat pada tahun ini. Insha Allah.”Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, Add Hope akan mengumpul dana melalui promosi khas ‘Add Hope Meal’ di setiap premis KFC, di mana makanan di bawah promosi ini akan dikenakan bayaran tambahan 50 sen, yang akan disalurkan terus ke dana tersebut. Tabung derma juga akan ditempatkan di semua restoran KFC sepanjang tempoh kempen bagi pelanggan yang ingin menyumbang lebih.Objektif utama Add Hope adalah untuk mengumpul dana bagi membekalkan sumber makanan di kawasan yang dilanda masalah kelaparan pada peringkat tempatan dan antarabangsa. Sebahagian daripada dana akan diperuntukkan untuk Program Makanan Dunia Oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP) manakala majoriti akan diedarkan di seluruh negara kepada keluarga yang memerlukan dan rumah kebajikan di seluruh Malaysia. Di samping itu, dana sebelum ini telah disalurkan melalui kerjasama dengan NGO tempatan dan badan-badan kerajaan yang berkaitan termasuk Jabatan Kebajikan Malaysia, dapur mesra PERTIWI dan Kechara dan Yayasan Bantuan Makanan antarabangsa.Setakat ini, kempen ini telah berjaya mengumpul lebih daripada RM17 juta, dan lebih daripada USD $600,000,000 di peringkat global. Tahun ini, kempen Add Hope bermula dari 31 Mei 2016 dan informasi lanjut boleh didapati pada laman Facebook Add Hope Malaysia, www.facebook.com/AddHopeMalaysia.

kredit foto : mencari rahsia alam


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *