Kuala Lumpur, 17 April 2026 — ICE-WATCH Malaysia membuka lembaran baharu yang lebih berani dalam perjalanan jenamanya menerusi pelancaran koleksi Bewatch Chrono, koleksi jam tangan lelaki yang menonjolkan daya tarikan yang menyerlah serta reka bentuk yang bermakna.
Majlis pelancaran berlangsung di Time Zone Sales and Service Center, Ampang, dengan kehadiran wakil media, pempengaruh dan rakan jenama yang dihargai. Majlis ini turut disokong oleh AMP Café, sekali gus memeriahkan lagi majlis pelancaran tersebut. Penampilan istimewa pengasas Ice-Watch dari Belgium, Encik Jean-Pierre Lutgen menjadi sorotan utama majlis pelancaran ini, yang diraikan bersama pasukan ICEWATCH Malaysia.
Bewatch Chrono mencerminkan komitmen ICE-WATCH dalam memperkukuh penawaran produk, khususnya dalam pengguna lelaki, sekali gus menguatkan identiti teras jenama melalui jam tangan berkarakter, berunsur teknikal dan direka khas untuk gaya hidup moden.
BEWATCH CHRONO
Bewatch Chrono merupakan interpretasi yang lebih halus terhadap jam tangan kronograf klasik. Koleksi ini menawarkan gaya yang menyerlah sambil mengekalkan rekaan yang estetik.
Direka untuk memenuhi pelbagai keperluan harian, Bewatch Chrono tampil versatil merentasi rutin yang pantas dan detik yang lebih santai. Setiap perincian diolah dengan teliti, daripada susun atur dial yang berstruktur sehingga kontras warna yang halus, mempamerkan keyakinan yang bersahaja dan elegan. Lebih daripada sekadar jam tangan, Bewatch Chrono mencerminkan sebuah falsafah: buat lelaki yang mengutamakan ketelitian, tujuan dan gaya yang ringkas tetapi penuh karakter.
DIREKA UNTUK KEPELBAGAIAN DAN IMPAK
Koleksi ini hadir dalam enam SKU, meneroka pelbagai ekspresi warna daripada tona monokrom klasik sehingga warna kontemporari yang menonjol. Setiap model menampilkan sub-dial berkontras serta perincian halus yang menambah dimensi dan tarikan visual pada pergelangan tangan.
Mengunakan Miyota Movement, Bewatch Chrono menjamin prestasi yang konsisten. Sarung poliamida (PA+) yang dipadankan dengan tali silikon menawarkan ketahanan dan keselesaan. Dilengkapi dengan ardillon buckle, ia direka untuk keselesaan penggunaan harian dengan rasa selamat dan yakin.
JENAMA GLOBAL, TEGUH DI PASARAN MALAYSIA
Ditubuhkan di Bastogne, Belgium pada tahun 2007, ICE-WATCH telah berkembang menjadi jenama jam tangan yang diiktiraf di peringkat global, dikenali dengan pendekatan yang berwarna-warni, optimistik dan inovatif dalam menghasilkan jam tangan mampu milik. Hari ini, jenama ini telah menapak di lebih daripada 55 negara, menawarkan pelbagai koleksi termasuk jam tangan silikon, keluli, digital, pintar serta Swissmade.
ICE-WATCH di Malaysia dipasarkan secara eksklusif oleh Time Zone Sdn. Bhd., cawangan jam tangan Kumpulan HABIB. Sebagai tonggak utama dalam komuniti jam tangan negara, Time Zone mengendalikan 11 cawangan di seluruh Malaysia dan mengekalkan kehadiran digital yang kukuh, menjadikan jam tangan kontemporari dan mewah mudah diakses oleh pengguna Malaysia.
Sesi pengalaman produk yang eksklusif menjadi penutup majlis pelancaran, memberi peluang kepada para tetamu untuk meneroka koleksi Bewatch Chrono secara dekat serta merasai sendiri visi terbaharu jenama ini.

