The Evolution of Suede telah tiba ke kemuncaknya. Dengan dengan kerjasama Raising the Bar, Evolution of Suede Finale Party yang ditaja oleh Tiger dan Smirnoff ini menandakan sambutan besar-besaran PUMA Suede ke 45. Majlis yang diadakan di CapSquare Hall, Kuala Lumpur ini telah dirasmikan oleh rakan-rakan PUMA, seperti James Baum, Nadhira, Zain Saidin dan ramai lagi personaliti dari pelbagai rumpun budaya yang berbeza di Malaysia. Read more →
Archive for: April 2013
(SEMASA) ” WeChat ” fenomena terbaru di Malaysia
WeChat !! Apa itu WeChat ? WeChat merupakan aplikasi komunikasi dalam bentuk teks bermesej dan juga mesej bersuara untuk telefon bimbit yang dibangunkan oleh TENCENT Inc. yang berpengkalan di China. Pada peringkat awal pelancaran aplikasi ini, ia dikenali sebagai “Weixin” di Negara China dan buat kali pertama dilancarkan pada Januari 2011. Aplikasi ini kemudiannya dinaiktaraf untuk menyokong (support) bahasa-bahasa antarabangsa lain selain dari bahasa Cina pada bulan Oktober 2011. Pada bulan April 2012, secara rasminya aplikasi ini dijenamakan semula sebagai “WeChat” selari dengan perkembangan pasaran di serata dunia. Menjelang bulan Mac 2012, aplikasi “WeChat” sudah mempunyai lebih kurang 100juta pengguna tegar dan terus meningkat kepada 200juta pada bulan September 2012 dan terus memuncak sehingga 300juta akaun pengguna pada bulan Januari 2013. Read more →
(HIBURAN) Terbaru dari AFGAN – L1VE TO LOVE, LOVE TO L1VE
Afgansyah Reza merupakan penyanyi solo lelaki yang pada ketika ini telah mendapat nama di dalam dunia muzik Indonesia kerana mempunyai personaliti yang romantik. Setelah melalui proses produksi selama hampir 2 tahun, akhirnya album ketiga Afgan di lancarkan yang bertajuk L1VE TO LOVE, LOVE TO L1VE. Berbekalkan single hits beliau yang bertajuk Pesan Cinta, album ini mencatat beberapa sejarah bagi Afgan kerana lagu Pesan Cinta adalah lagu hasil ciptaan Afgan sendiri. Lagu Pesan Cinta ialah mengenai seorang lelaki yang telah jatuh hati “pandang pertama” pada seorang gadis. Sejak kali pertama bertemu, lelaki ini berusaha mencari jalan atau idea untuk bertemu dengan gadis tersebut sekali gus memikat gadis tersebut. Lagu yang dicipta Afgan ini memuatkan elemen-elemen comel, simple dan fun pop song. Afgan juga turut bekerjasama dengan Inu Numata dan Nino RAN dengan menggandeng Tohpati sebagai music directornya.
Read more →
(HIBURAN) BINTANG MENCARI BINTANG – TITAN UNGGULI KUMPULAN B
Kumpulan A yang terdiri daripada BOWL (Afdlin Shauki), ACHEY (Harun Salim Bachik), TOCAI (Senario), TAPAW (Faizal Ismail), BIG TOO (Sabri Yunus) dan KELAWAK (Raja Azura) telah membuka tirai pertarungan Bintang Mencari Bintang (BMB) dengan persembahan yang mantap dan menghiburkan. Setelah menyaksikan kehebatan konsert pertama dari kumpulan A, pastinya para penonton sudah tidak sabar untuk menunggu konsert dari kumpulan B pula. Semalam, tiba giliran kumpulan B yang diwakili BOCIK (Afdlin Shauki), XOXO (Harun Salim Bachik), GEGAU (Senario), AJO (Faizal Ismail), TITAN (Sabri Yunus) dan AWOK (Raja Azura) beraksi meraih sokongan daripada para peminat dan juri. Read more →




