(SEMASA) ” WeChat ” fenomena terbaru di Malaysia

Spread the love

562639_432064080221648_1636629472_nsmall

WeChat !! Apa itu WeChat ? WeChat merupakan aplikasi komunikasi dalam bentuk teks bermesej dan juga mesej bersuara untuk telefon bimbit yang dibangunkan oleh TENCENT Inc. yang berpengkalan di China. Pada peringkat awal pelancaran aplikasi ini, ia dikenali sebagai  “Weixin” di Negara China dan buat kali pertama dilancarkan pada Januari 2011. Aplikasi ini kemudiannya dinaiktaraf untuk menyokong (support) bahasa-bahasa antarabangsa lain selain dari bahasa Cina pada bulan Oktober 2011. Pada bulan April 2012, secara rasminya aplikasi ini dijenamakan semula sebagai “WeChat” selari dengan perkembangan pasaran di serata dunia. Menjelang bulan Mac 2012, aplikasi “WeChat” sudah mempunyai lebih kurang 100juta pengguna tegar dan terus meningkat kepada 200juta pada bulan September 2012 dan terus memuncak sehingga 300juta akaun pengguna pada bulan Januari 2013.

WeChat-3-mag-1024x681SMALL

Aplikasi “WeChat” ini menawarkan kepelbagaian medium komunikasi yang fleksibel dan menyenangkan serta pelbagai seperti  ‘text messaging, hold-to-talk voice messaging, broadcast (one-to-many)messaging, video chat, photo/video sharing, location sharing dan contact information exchange’. Aplikasi “WeChat” juga boleh menyokong (support) jaringan sosial (social networking) melalui perkongsian ‘streaming content  feeds’ dan plug-in ‘location-based social’ seperti  Shakes, Look Around dan Drift Bottle yang membolehkan pengguna “WeChat” tempatan berkomunikasi dengan pengguna luar atau antarabangsa. WeChat juga tersedia untuk kegunaan secara global dengan sokongan (support) sehingga 17 bahasa berlainan termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Cina,Bahasa Indonesia, Portugis, Thai, Vietnam, Rusia dan juga Bahasa Malaysia.

64323_432970510131005_1692549245_nSMALL

Aplikasi “WeChat” boleh didapati dan boleh dimuat turun secara percuma bagi telefon iOS, Android, Symbian, Blackberry dan Windows. Ia menjadi aplikasi pertama dan satu-satunya di dunia yang boleh digunakan di dalam semua kerangka – kerangka (platforms) telefon utama. Aplikasi ini juga boleh disokong oleh WiFi , rangkaian data 3G dan juga 4G.

Untuk info lanjut, anda boleh layari laman  :

www.wechat.com

http://fb.com/wechatmalaysia

http://fb.com/jomwechat

Pada 2 April 2013, “WeChat” secara rasminya diperkenalkan di Malaysia dengan memperkenalkan 2 duta “WeChat” dari kalangan selebriti tempatan iaitu Lisa Surihani dan Shaheizy Sam. Pengguna WeChat pastinya teruja dengan penambahan perkhidmatannya yang amat menarik serta iklan terbaru WeChat yang juga telah dilancarkan secara rasmi yang dibintangi oleh duta WeChat sendiri iaitu Lisa Surihani dan Shaheizy Sam dan iklan atau TVC tersebut juga mempunyai tiga versi menarik yang boleh anda tonton di kaca televisyen dan juga Youtube.

Pada sebelah malamnya pula, telah diadakan “WeChat” Party 2013 bertempat di NEVERLAND, Kuala Lumpur yang turut dihadiri oleh jemputan- jemputan dari kalangan pengguna “WeChat” , pengamal-pengamal media, blogger-blogger dan selebriti-selebriti tempatan. Jemputan  dihidangkan dengan jamuan makan malam yang pelbagai dan menarik.

Persembahan nyanyian oleh artis-artis seperti  Vivian Chua , Henley Hii dan Awi Rafael serta in-house DJ. Para jemputan juga dihiburkan dengan permainan (game) dan aktiviti cabutan bertuah yang dihost kan oleh pengacara majlis iaitu saudara ‘Rudi’.

Pelbagai hadiah disumbangkan oleh penganjur antaranya IPAD, headphone beats, external HDD, hello kitty speaker dan banyak lagi. Hadiah-hadiah pemenang permainan dan cabutan bertuah disampaikan oleh Vice President , Tencent International Business iaitu Mr. Poshu Yeung.

Pihak Galaksi Media Online mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput pihak kami ke majlis tersebut, dan wakil kami juga antara orang yang bertuah pada malam tersebut kerana berjaya mendapat hadiah cabutan bertuah iaitu sebuah “headphone BEATS solo”..terima kasih.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *