MIG melakar sejarah buat pertama kalinya di dalam industri perfileman Malaysia apabila menjadi syarikat pertama menerbitkan filem sekuel sehingga siri ke 4. Filem “Adnan Sempit” merupakan antara lubuk terbaik penerbitan MIG yang tidak pernah mengecewakan dengan menjana kutipan yang besar setiap kali ditayangkan. Filem ini bermula dengan kejayaan kutipan RM7.6 juta untuk ‘Adnan Sempit’ , diikuti dengan sekuel ke 2 iaitu ‘Adnan Sempit 2’ yang menjana kutipan lebih cemerlang sekitar RM9.5 juta dan ‘Adnan Sempit 3 ‘ menjana kutipan bersih sekitar RM4.8 juta. Masih mengekalkan gandingan asal antaranya seperti Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Along Cham dan Yana Shamsudin disamping penampilan istimewa bakat dari Thailand iaitu aktres, Lalisa Sontirod. Hampir 95 % proses pengambaran ini dilakukan di kotaraya Bangkok, Thailand. Read more →
Archive for: July 2014
(SEMASA) Program Kacau Dodol (31 kawah) & Bakar Lemang (1000 batang) UMNO Cheras
Kemeriahan Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi menjadi satu inspirasi UMNO bahagian Cheras bersama pergerakan wanita, pemuda dan puteri dalam melaksanakan program Program Kacau Dodol (31 kawah) & Bakar Lemang (1000 batang) di kawasan pengudi Cheras sebentar tadi. Program yang dirasmikan oleh YB Datuk Hajjah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun yang merupakan Timbalan Menteri Wanita & Pembangunan Masyarakat dan merupakan Naik Ketua Wanita UMNO Malaysia sambil diiringi oleh YB Datuk Hajah Zurainah Musa yang merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian Cheras. Read more →
(SEMASA) Bintang Terkemuka Korea Jun Ji Hyun berkongsi rahsia kulitnya yang halus dan bercahaya Dengan Hada Labo Lotion
Pelakon terkemuka Korea yang terkenal sebagai wanita utama dalam drama Korea “My Love from the Star”, Jun Ji Hyun (juga dikenali sebagai Gianna Jun), duta terbaharu Hada Labo muncul di Shanghai baru-baru ini untuk menghadiri sidang media untuk Hada Labo Lotion. Jun Ji Hyun yang terkenal dengan kecantikan semulajadinya, amat padan dan sempurna untuk jenama penjagaan kulit Hada Labo yang berpegang teguh kepada falsafah “Sempurna X Ringkas”. Di dalam sidang media tersebut, Jun Ji Hyun berkongsi rahsia bagaimana untuk memiliki kulit yang cantik dan sihat. Read more →
(SEMASA) KEMENTERIAN PELANCONGAN & KEBUDAYAAN LANCARKAN TREC SEBAGAI PROJEK PERMULAAN DI BAWAH EPP8
TREC, projek pembangunan terkini dan sedang meningkat naik di tengah-tengah Kuala Lumpur telah diiktiraf oleh Kementerian Pelancongan sebagai sebuah Zon Hiburan Terpilih di bawah Tourism EPP8 semasa majlis pelancaran rasmi TREC hari ini. Read more →
(HIBURAN) CLIXSTER MOBILE terjun ke dunia hiburan
Bertempat di ibu pejabat Clixster Mobile di Sri Hartamas, telah berlangsungnya majlis iftar bersama jemputan khas, artis, anak yatim dan seluruh kakitangan Clixster Mobile. Pada majlis ini, Clixster Mobile telah menyampaikan sumbangan pertama kepada artis di bawah naungan PERFORMA yang layak. Selain itu, turut memberikan sumbangan hari raya kepada anak yatim 9 orang yang terdiri dari satu keluarga yang kehilangan ibu bapa mereka dalam satu kemalangan jalan raya. Read more →





