KUALA lUMPUR, Malaysia, Apr. 9, 2015 –Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini mengumumkan promosi istimewa ke atas pembelian mana-mana varian Focus, Fiesta 1.5L dan EcoSport Trend sehingga 30 April depan di semua pengedar Ford di seluruh negara.
Pelanggan yang membeli mana-mana model Ford Focus akan menerima rebat tunai berjumlah RM10,000. Bagi mereka yang memilih model Fiesta 1.5L dan EcoSport Trend pula, rebat tunai yang ditawarkan adalah sebanyak RM8,000.
Semua varian Focus, Fiesta dan EcoSport hadir bersama Pelan Servis Lanjutan (ESP) Ford demi memberi ketenangan minda kepada para pelanggannya. Ford ESP adalah program penyelenggaraan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 60,000km yang merangkumi penukaran alat ganti dan kos buruh secara percuma.
Fokus yang padat dengan teknologi, Fiesta yang sporty dan SUV kompak urban EcoSport kini dilengkapi pelbagai teknologi pintar serta ciri keselamatan termaju.
Focus yang padat dengan teknologi
Sebagai model kenderaan terlaris di dunia, Focus sememangnya sarat dengan pelbagai teknologi termaju dan sistem bantuan pemandu. Ditawarkan dalam varian Titanium+ dan Sport+, ciri Active Park Assist Ford membantu pemandu memarkir Focus di kawasan parkir selari dalam tempoh beberapa saat dengan hanya perlu menekan satu butang. Active Park Assist menggunakan alat-alat pengesan di sekeliling kereta dan Electric Power Assist Steering untuk memarkir kenderaan ke ruang parkir dengan selamat. Teknologi-teknologi lain seperti Active City Stop dan Blind Spot Information System pula menawarkan ketenangan minda kepada pemandu Focus.
Focus turut menampilkan sistem ketersambungan di dalam kereta SYNC Ford yang memenangi anugerah. Sistem ini membolehkan pemandu membuat panggilan telefon dan mengawal sistem hiburan di dalam kereta menerusi arahan suara serta bebas tangan.
Fiesta yang Sporty
Fiesta yang bergaya dan pintar tampil dengan rekaan dalaman serta luaran yang berani. Malah rangkaian sistem bantuan pemandunya membuatkan pemanduan di bandar menjadi semakin mudah. Sebagai contoh, alat pengesan parkir di bahagian belakang memastikan pemandu tidak melanggar halangan yang mereka tidak nampak. Manakala ciri Hill Launch Assist Ford pula membantu pemandu supaya dapat memulakan pemanduan dengan sempurna di laluan berbukit sama ada ketika menaiki atau menuruni bukit dengan memastikan Fiesta tidak bergerak selama tiga saat.
Sebagai tambahan, Fiesta kini dipasang dengan pelbagai ciri-ciri yang memberi kemudahan seperti Smart Keyless Entry. Jadi, pemandu tidak lagi memerlukan kunci untuk membuka pintu atau menghidupkan enjin. Kunci pintu akan dibuka secara automatik sebaik sahaja hendal pintu ditarik. Tekan butang Ford Power Start dan anda sudah boleh memulakan perjalanan. Fiesta juga dilengkapi dengan penggilap yang berupaya mengesan titisan hujan. Sebaik sahaja sistem itu diaktifkan, pandangan pemandu kembali jelas, walaupun mereka mungkin belum sedar bahawa hujan sudah pun turun.
EcoSport yang Versatil
Menawarkan tahap penjimatan bahan api mengagumkan, mudah dikendali dan dilengkapi pelbagai ciri pintar, EcoSport yang dipasang dengan sistem stereng bantuan kuasa (EPAS) merupakan sebuah kenderaan sempurna untuk dipandu di jalan-jalan bandar yang sempit. SUV urban kompak ini tiada masalah untuk mengharung air banjir. Selain mampu menghiburkan pemandunya dengan pemilihan muzik dan boleh membuat panggilan telefon menerusi arahan suara. Ruang kabinnya juga menawarkan para penumpang dengan tahap keselesaan luar biasa dan operasi yang senyap.
EcoSport hadir bersama rangkaian ciri keselamatan dan sistem bantuan pemandu. Sistem Electronic Stable Control (ESC) dengan Traction Control System (TCS) memastikan pemandu dapat mengawal kenderaan sepanjang masa, terutama di atas jalan yang licin. Ciri-ciri keselamatan lain termasuklah Anti-lock Braking System (ABS), Emergency Brake Assist (EBA), Passive Anti-Theft System (PATS) dengan Engine Immobiliser, tali pinggang keledar pra-regangan, teknologi Ford BeltMinder dan cagak ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak.
Maklumat lanjut, sila layari laman web www.ford.com.my.