(SEMASA) Julie Love Letters Titipkan Luahan Kasih Anda – Luahan Perasaan Melalui Tulisan

Spread the love

Perasaan hati sukar diluahkan? Kenapa tidak menulis? Luahkan rasa tulus ikhlas anda melalui perkataan!

Masyarakat Asia kebanyakan bersikap pemalu dalam hal berbabit dengan luahan hati, tidak ramai daripada kalangan kita sebenarnya dapat meluahkan perasaan hati secara terbuka. Ini menyebabkan kita lupa untuk meluahkan perasaan sayang walaupun dengan cara yang paling mudah iaitu dengan perkataan-perkataan seperti “terima kasih˝ dan “aku cinta  padamu” kepada orang yang tersayang. Setahun telah berlalu dan tahun baru kini menghampiri. Pada musim ini, pernahkah anda terfikir untuk mengambil pen, menuliskan perasaan hati serta mengucapkan terima kasih kepada orang yang tersayang?

Adunan kasih terus dilebarkan

Julie’s sentiasa menekankan konsep “Adunan Kasih Sayang”  dalam menjalankan konsep perniagaan dimana ianya sering mengadakan aktiviti yang mengandungi unsur kasih sayang untuk meningkatkan kesedaran masyarakat menghargai orang yang berada di sisi kita. Secara tidak langsungnya dengan kempen yang djalankan, pihak Julie’s telah memberi peluang kepada masyarakat untuk meluahkan perasaan tersirat sebelum terlewat.

Pada tahun 2015 dan 2016  aktiviti-aktiviti yang dianjurkan menerusi kempen Julie’s “What’s Your Love Letter? Titipkan Luahan Kasih Anda”  telah menjadi aktiviti yang disenangi oleh pelbagai pihak dan ianya telah memberi peluang kepada orang ramai untuk meluahkan perasaan sayang kepada orang yang disayangi.

Pada tahun 2017, untuk perayaan yang akan datang, Julie’s sekali lagi akan mengadakan kempen “What’s Your Love Letter?” 2017 dengan meneruskan konsep sebelumnya iaitu untuk meluahkan perasaan hati. Walau bagaimanapun pada tahun ini konsep tersebut akan dijalankan dengan kaedah yang baru melalui gabungan teknologi baru serta melibatkan unsur tradisi untuk pengalaman serba baru.

Encik Benny Chia, Pengurus pemasaran Julie’s mengatakan bahawa dengan kemajuan teknologi kini yang semakin pesat, masyarakat tidak lagi menulis malah menggunakan teknologi yang sedia ada seperti emel atau pesanan ringkas untuk meluahkan perasaan kasih sayang kepada rakan dan ahli keluarga.

Teknologi yang berkembang pesat telah menyebabkan perasaan kasih sayang dikalangan masyarakat semakin berkurang. Perasaan kasih sayang ini tidak tersampai dan tidak dapat diketahui. Oleh itu, pihak Julie’s berharap dapat menggunakan cara yang tradisional iaitu dengan menulis untuk meluahkan perasaan cinta, rindu, dan kasih sayang kepada mereka yang disayangi.

Untuk memudahkan pemahaman, pihak Julie’s telah membuat tayangan kisah benar untuk memaklumkan masyarakat bahawa penggunaan perkataan boleh meluahkan perasaan tersirat dan mengeratkan silaturahim. Video tersebut mengambarkan 3 keluarga berbeza berkongsi mengenai bagaimana mereka biasanya berkomunikasi dan keingginan mereka untuk meluahkan hati kepada orang kesayangan mereka. Video yang mencuit hati ini boleh didapati di Julie’s Biskut Facebook dan YouTube.”

Beliau menyatakan bahawa generasi pada era ini mempunyai tanggapan bahawa kaedah menulis surat adalah kolot. Namun begitu perasaan untuk menerima surat adalah nyata berbeza dan lebih bermakna. Kempen “What’s Your Love Letter? ” menggalakkan orang ramai meluahkan perasaan kepada keluarga dan rakan-rakan melalui perkataan-perkataan seperti terima kasih atau aku rindu padamu dimana perkataan-perkataan seperti ini dapat menenangkan hati penerima.

Menurut beliau , pihak Julie’s menekankan konsep “Adunan Kasih Sayang” dimana orang ramai digalakkan untuk berkongsi perasaan kasih sayang mereka. Melalui kempen ‘What’s Your Love Letter? ” kali ini, Julie’s telah melanjutkan dengan bekerjasama dengan 10 buah syarikat untuk mengeluarkan “Julie’s Love Invite-Undangan Kasih” harap-harap orang ramai boleh menulis perasaan kasih sayang mereka dan dapat juga menjemput orang yang disayangi untuk menikmati bersama.

 

Love Invite – Undangan Kasih

Kongsikan kasih anda dengan keluarga dan rakan-rakan di musim perayaan ini dan menghayati saat-saat bersama. Untuk dua tahun berturut(2015 & 2016), kempen “What’s Your Love Letter? Titipkan Luahan Kasih Anda” telah mendapat sokongan oleh orang ramai. Di tahun 2017, Julie’s  berkerjasama dengan 10 buah syarikat dengan melancarkan “Love Invite – Undangan Kasih”, dimana orang ramai  boleh menggunakan “Undangan Kasih” untuk menjemput orang yang dikasih melakukan akitivi bersama.

Julie’s menghantar “Love Invite” melalui “Love Express Car – Kenderaan Luahan Kasih” di kawasan-kawasan yang terpilih. Melalui cara menulis “Love Invite”, orang ramai boleh meluahkan perasaan hati mereka dan menjemput orang yang disayangi menikmati bersama.

“Love Invite” meliputi baucar makanan dan minuman, pelancongan dan lain-lain untuk dinikmati bersama. Orang ramai boleh melayari www.whatsyourloveletter.com untuk mengisi maklumat peribadi dan mendapatkan baucar-baucar yang diminati.    

Moments Together Contest – Peraduan Saat Bersama

Selain daripada “Love Invite”, Julie’s juga mengadakan “Moments Together Contest – Peraduan Saat Bersama” untuk menyampaikan perasaan berterima kasih kepada pegguna-pengguna yang telah menyokong sekian lama dan aktiviti  “Love Invite”.

Untuk menyertai peraduan ini, orang ramai boleh mengambil gambar saat “Love Invite” mereka diikuti dengan perkataan kreatif seterusnya mengenai orang kesayangannya dan memuatkan naik ke laman Instagram ataupun Facebook disertai oleh  hashtag #JuliesLoveInvite. Muat naik yang paling kreatif berpeluang untuk memenangi hadiah utama iaitu pakej pelancongan ke Korea bernilai            RM10,000.

“Moments Together Contest”akan berakhir pada 28/2/2017 dan pihak Julie’s akan memilih muat naik yang paling kreatif dan pemenang akan diumumkan di laman Facebook Julie’s Biscuits pada Mac 2017.

Maklumat tambahan boleh didapati di laman facebook Julie’s Biscuits www.facebook.com/JuliesBiscuits atau www.whatsyourloveletter.com.

Julie’s Love Letters ; Pergabungan unsur moden dan tradisional

Makanan yang amat digemari untuk perayaan adalah biskut perayaan dan dengan gaya hidup orang ramai yang sibuk. ianya menghalang kita untuk menyediakan biskut – biskut perayaan.

Dengan adanya kuih belanda – Julie’s Love Letters, ianya memberikan peluang kepada masyarakat yang sibuk untuk menikmati biskut perayaan.

Julie’s Love Letters adalah pilihan biskut nombor satu untuk kebanyakan keluarga. Ianya bukan sahaja mempunyai rasa yang amat digemari, tetapi juga mengenangkan kasih sayang di antara keluarga dan rakan-rakan.

Segelintir daripada orang ramai percaya bahawa setiap biskut kuih belanda yang dinikmati mengambarkan kekayaan dan kegembiraan serta membawa tuah kepada semua.

Julie’s Love Letters adalah produk berkualiti yang memenuhi tren orang muda yang mengemari kepelbagaian pilihan perisa. Love Letters berperisa coklat disaluti dengan coklat yang bermutu tinggi; manakala love letters berperisa strawberi dipenuhi dengan aroma buah strawberi yang digemari ramai.

Berbeza dengan love letters buatan tangan yang lain, Julie’s Love Letters adalah satu jenama yang berada di pasaran melebihi 30 tahun. Biskut-biskut ini dibuat melalui proses berteknologi tinggi yang menekankan kebersihan dan nutrisi. Semua bahan-bahan yang digunakan adalah sihat dan semula jadi tanpa bahan tambahan seperti lemak trans dan kolesterol. Ianya juga mengikuti piawai ISO dan HACCP dan melalui pengurusan yang ketat.

Julie’s dihasilkan daripada kasih sayang kepada setiap individu. Julie’s juga menyediakan persekitaran kerja yang selesa serta hijau untuk pekerja-pekerja. Julie’s memastikan semua pekerja bekerja dengan penuh semangat dan menghasilkan biskut berkualiti tinggi melalui perasaan ikhlas dan berkasih sayang.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *