(SEMASA) KOMBINASI LIMA WAKTU X WAWA AERIL ft. SHAWL PUBLIKA DI FASHION SHOW #SYOKNYEEERAYA 2017

Spread the love

Setelah kejayaan produk pertama Lima Waktu iaitu Jubah Lima pada tahun lepas, tahun ini sekali lagi Lima Waktu kembali dengan Koleksi Syoknyeee Raya 2017 yang lebih Elegen dan Moden khas untuk peminat-peminat Lima Waktu.Jubah lelaki, Kurta Lelaki, Kurta Kanak-Kanak, Baju Melayu Lelaki dan istimewanya tahun ini. pertama kalinya berkolaborasi dengan pasangan Artis Wawa Zainal dan Aeril Zafril untuk Koleksi Raya Keluarga dan Baju Perempuan. Gabungan mantap yang memberikan pilihan untuk orang ramai bergaya di hari raya.

Lima Waktu juga mengetengahkan wajah Chazynash yang merupakan Duta Rasmi Lima Waktu. Di majlis ini juga, Lima Waktu berbesar hati mengumumkan Kolaborasi bersama pasangan artis terkenal Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, dan juga Shawl Publika untuk Koleksi Syoknyeee Raya 2017 dan menjadikan Koleksi Syoknyeee Raya 2017 koleksi lengkap untuk seisi keluarga.

MENGENAI LIMA WAKTU

Sebuah syarikat pengeluar baju lelaki muslim yang ditubuhkan pada tahun 2016 yang semakin meningkat naik Di asaskan oleh anak-anak muda, inspirasi dari Page Facebook Lima Waktu. Syarikat yang mempunyai 2 rakan kongsi yang sangat berdedikasi Amirul Afiq Mahadhir dan Syed Fernash Syed Badlishah. Produk pertama Lima Waktu adalah jubah Lima Waktu, dan produk kedua keluaran Lima Waktu merupakan Kurta Hajj yang mendapat permintaan tinggai kerana potongan badan yang menarik,

MENGENAI WAWA ZAINAL & AERIL ZAFRIL

Wawa Zainal & Aeril Zafril yang merupakan pasangan artis popular Malaysia yang viral dengan video romantik hindustan di Sosial Media baru-baru int, Sekaligus menjadikan pasangan ini antara pasangan paling paling romantik. Wawa dan Aeril pernah mengeluarkan koleksi baju wanita dan jubah Lelaki dibawah label WA Clothing. Dan tahun ini, Wawa dan Aeril berkolaborasi bersama Lima Waktu untuk projek raya.

MENGENAI SHAWL PUBLIKA

Sebuah syarikat fesyen di Malaysia yang berasaskan antarabangsa yang terkenal dengan kejayaan Baju Kurung mereka dan reka bentuk baju doll kontemporari yang diperbuat daripada Saree dari India. Ditubuhkan pada 2014 oleh Nur Hidayu Zorkafli dan Iskandar A. Suffian, gabungan dinamik suami dan isteri. Sejak itu, inspirasi Saree menjadi signature Shawl publika. Semangat dan dedikasi mereka dalam rekaan fesyen telah menghasilkan rekaan pakaian yang berkualiti tinggi dan bergaya. Inspirasi Saree Shawl publika ini amat diminati oleh kalangan muda pada masa kini.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi

Stokis/Agen: 013-3000342 (Anne Raihan)

Website: www.LimaWaktu.com.my Facebook: Lima Waktu HQ Instagram: limawaktuhq
Tempahan online / Butik: 012-2828 907


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *