Petaling Jaya, Malaysia – 6 Jun 2026 : Alpinestars Malaysia (Sinar Puncak Sdn Bhd) hari ini secara rasmi melancarkan helmet Supertech R10 (S-R10) Asia Fit di Malaysia, sekali gus menandakan satu pencapaian penting dalam komitmen jenama itu untuk membawa inovasi bertaraf MotoGP kepada penunggang di rantau ini.
Versi Asia Fit dibangunkan khusus untuk lebih sesuai dengan bentuk kepala penunggang di Malaysia dan Asia, sekali gus meningkatkan tahap keselesaan serta kesesuaian pemakaian ketika menunggang.
Dibangunkan selama lebih sedekad, S-R10 merupakan helmet perlumbaan paling canggih pernah dihasilkan oleh Alpinestars, direka untuk menawarkan perlindungan maksimum, kecekapan aerodinamik dan prestasi ringan.
Helmet ini telah diuji secara meluas bersama pelumba MotoGP termasuk Andrea Dovizioso, Jorge Martín, Jack Miller dan Pedro Acosta. S-R10 mencapai tahap keselamatan dan keselesaan yang luar biasa menerusi pembinaan karbon termaju yang direka untuk melepasi piawaian ECE 22.06 serta menerima pensijilan FIM, selain menawarkan peningkatan sehingga 65% dalam pengurusan impak putaran.
Supertech R10 (S-R10) dibangunkan menggunakan teknologi yang diuji di MotoGP dengan struktur cangkerang karbon maju yang menggabungkan komposit pelbagai lapisan terdiri daripada karbon berkepadatan tinggi 3K, karbon uni-directional, gentian aramid dan gentian kaca. Struktur sofistikated ini direka untuk memberikan penyebaran tenaga hentakan yang lebih baik serta rintangan penembusan yang dipertingkatkan bagi memastikan perlindungan maksimum dalam situasi tunggangan mencabar.
Selain itu, helmet ini turut dilengkapi lapisan EPS pelbagai ketumpatan dengan enam zon kejuruteraan strategik yang direka untuk mengoptimumkan penyerapan tenaga dalam pelbagai senario hentakan demi perlindungan penunggang yang lebih baik.
Melengkapkan sistem keselamatan tersebut ialah penggunaan lapisan geseran rendah antara permukaan dalaman EPS dan lapisan keselesaan, yang membolehkan pergerakan terkawal ketika hentakan berlaku. Ia membantu mengurangkan daya putaran, hentakan serong dan daya linear yang dipindahkan ke kepala, leher dan otak penunggang.
Dari sudut aerodinamik, helmet ini dioptimumkan dengan sistem spoiler berkembar serta winglet sisi yang membantu mengurangkan rintangan angin sambil meningkatkan kestabilan pada kelajuan tinggi ciri penting untuk kegunaan trek dan tunggangan sporty.
S-R10 turut menampilkan sistem pengudaraan yang dioptimumkan dengan 11 liang pengudaraan strategik, terdiri daripada tujuh saluran masuk udara dan empat saluran keluar udara. Sistem ini memberikan aliran udara yang efisien, penyejukan lebih baik dan keselesaan optimum dalam pelbagai keadaan tunggangan.
Ia juga digabungkan dengan saluran udara EPS terbina bagi memastikan penyejukan lebih efektif serta membantu mengurangkan masalah kabus pada visor dalam semua keadaan cuaca dan persekitaran tunggangan.
Selain itu, helmet ini dilengkapi saluran sistem hidrasi terbina dalam pada bahagian pad pipi, membolehkan keserasian mudah untuk tunggangan jarak jauh dan perlumbaan. Bahagian dalaman pula menggunakan padding premium Coolmax® yang menawarkan pengurusan kelembapan lebih baik, tahap pengudaraan tinggi dan keselesaan sepanjang hari.
Bagi memastikan kesesuaian yang lebih peribadi, sistem A-Head Fitment System yang dipatenkan membolehkan pelarasan tepat pada kedudukan ketinggian dan sudut helmet, sekali gus memberikan tahap keselesaan dan posisi pemakaian bertaraf perlumbaan untuk setiap penunggang.
