(SUKAN) Hari Sarapan Malaysia MILO® 2019 bermula di Putrajaya menarik 50,000 peserta

Spread the love

Putrajaya, 30 Jun 2019: MILO® membawa kembali Hari Sarapan Malaysia MILO®, acara sarapan pagi yang terbesar di Malaysia dalam usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran rakyat supaya menjadikan sajian terpenting dalam sehari itu lebih sihat dan berkhasiat untuk seisi keluarga. Acara yang berlangsung selama dua hari di Dataran Putrajaya, Presint 3 telah menarik seramai 50,000 peserta untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik yang berunsurkan pendidikan, termasuk larian 3km dan 5km, sekaligus membuka tirai acara jelajah yang meliputi enam lokasi lain di seluruh negara.
Acara sarapan pagi terbesar MILO® Malaysia ini kini memasuki tahun ketujuh penganjuran dengan fokus terhadap kepentingan memulakan hari dengan sarapan pagi yang sihat khususnya untuk kanak-kanak agar mereka kekal bertenaga menghadapi hari. Menerusi acara ini, kesedaran dalam kalangan ibu bapa bahawa kehidupan seharian anak-anak mereka sebenarnya adalah lebih mencabar daripada yang disangka dapat diwujudkan. Setiap hari persekolahan anak-anak padat dengan pelbagai aktiviti. Mereka perlu bangun awal untuk menaiki bas sekolah, memberikan tumpuan dalam kelas, menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum, kelas tambahan dan sukan kegemaran mereka, bahkan mengulang kaji pelajaran pada waktu malam.

“Di Nestlé, kami memainkan peranan untuk membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sihat dan bahagia dengan menggalakkan amalan gaya hidup sihat. Memupuk tabiat sarapan pagi yang sihat adalah selari dengan matlamat kami untuk meningkatkan mutu kehidupan serta menyumbang kepada masa hadapan yang lebih sihat. Kami amat teruja untuk meneruskan Hari Sarapan MILO® Malaysia sebagai platform untuk menyatukan keluarga untuk sama-sama mempelajari kepentingan sarapan pagi yang sihat dan seimbang sebagai sumber tenaga untuk memulakan hari, di samping menggalakkan gaya hidup sihat menerusi pelbagai aktiviti fizikal dalam acara ini,” kata Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Mengekalkan pemakanan sebagai fokus terasnya, MILO® terus komited menawarkan pelbagai produk yang sihat dan berkhasiat kepada pengguna. Minuman yang tidak dapat dipisahkan daripada sajian sarapan pagi untuk turun-temurun lamanya di Malaysia, MILO® mengandungi kebaikan semula jadi susu, malt dan koko, serta pelbagai vitamin dan mineral penting yang dapat membantu membebaskan tenaga secara efisien daripada makanan. Sarapan pagi sihat yang dipadankan dengan MILO® dapat membantu memenuhi keperluan tenaga harian anda untuk kekal aktif dan menghadapi hari.

Wong Mei Ching, Pengurus Nutrisi Korporat Kumpulan, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Sarapan pagi yang sihat adalah sangat penting kerana dapat membantu menggantikan semula tenaga serta pelbagai khasiat penting selepas tidur semalaman, sekaligus memberikan anda tenaga untuk memulakan hari anda yang aktif. Kira-kira 25% keperluan tenaga harian anda dapat dibekalkan melalui sarapan. Bagi kanak-kanak, ini bermakna mereka dapat memberikan tahap fokus dan tumpuan yang lebih tinggi untuk membantu mereka meningkatkan prestasi di sekolah.”

Kesuntukan masa merupakan cabaran yang lazim dihadapi ibu bapa dalam menyediakan sarapan pagi untuk anak-anak mereka. Namun begitu, cadangan berikut dapat dijadikan panduan. “Rancangkan menu sarapan pagi dengan anak anda pada malam sebelumnya supaya mereka menanti-nantikan waktu pagi dan tidak mengabaikan sarapan pagi. Untuk cadangan idea sarapan pagi yang sihat, jadikan Model Pinggan Sihat Malaysia yang berkonsepkan Suku-Suku-Separuh panduan untuk memastikan saiz hidangan adalah bersesuaian dan padat dengan khasiat penting. Tabiat makan yang sihat boleh diamalkan dengan membuat pilihan makanan berdasarkan keseimbangan, kesederhanaan serta kepelbagaian, dan anda boleh menjadikan sarapan pagi sebagai titik permulaan.”

Meneruskan usaha memupuk amalan sihat dalam kalangan pengguna, MILO® bekerjasama dengan Persatuan Dietitian Malaysia (MDA) dalam kempen Hari Sarapan Malaysia MILO®.

MDA menawarkan pemeriksaan Indeks Jisim Tubuh (BMI) serta sesi ‘Ask A Dietitian’ yang menyediakan perundingan tentang diet serta penyakit yang berkaitan kepada para peserta dalam acara tersebut.

Bagi menawarkan sarapan pagi yang sihat dan berkhasiat kepada sebanyak mungkin keluarga di Malaysia, MILO® turut meneruskan kerjasama dengan Food Aid Foundation. Sebahagian dana yang dikumpul daripada larian Hari Sarapan Malaysia MILO® akan dimanfaatkan untuk membantu misi Food Aid Foundation menyediakan pilihan sarapan pagi yang sihat kepada keluarga yang kurang berkemampuan di seluruh negara.

Selain acara larian, para peserta juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti fizikal yang disediakan untuk membantu mereka kekal aktif, termasuklah Zumba, bola keranjang arked, bola sepak sasaran serta pertandingan futsal 3 vs 3. Terdapat juga pendidikan mengenai sarapan pagi di mana Chef Muluk menyampaikan demonstrasi penyediaan sarapan pagi kreatif yang mudah untuk dicuba oleh semua, termasuk kanak-kanak.

Jelajah Hari Sarapan Malaysia MILO® akan diteruskan di Pulau Pinang, Kuantan, Batu Pahat, Kota Bharu, Kota Kinabalu dan Kuching. Untuk maklumat lanjut mengenai Hari Sarapan Malaysia MILO®,layari: www.milo.com.my.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *