Spread the love
KUALA LUMPUR, 25 NOVEMBER 2021 – Bermula dengan nama Koleksi Emas Itali sewaktu awal diperkenalkan pada tahun 2010, koleksi ini telah berjaya mendapat tempat di hati penggemar barangan kemas di serata negara. Sinonim dengan warna emas 916 seperti kuning, putih dan ros, koleksi yang diterbangkan dari Itali ini berjaya menjadi pencetus trend kepada industri barangan kemas emas di Malaysia. Negara Itali cukup terkenal dengan industri pembuatan barangan kemas yang bertaraf dunia. Oleh itu, Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB telah mengambil kesempatan untuk bekerjasama dengan pakar pembuatan barangan kemas dari Itali untuk menghasilkan rekaan-rekaan unik yang kini ditawarkan di seluruh bilik pameran HABIB.
Dalam tempoh 11 tahun berada di pasaran, koleksi ini melalui fasa penjenamaan semula di mana nama telah ditukar kepada Koleksi Oro Italia 916®. Sewaktu awal koleksi ini diperkenalkan, rekaannya lebih memfokuskan kepada gabungan manik emas dengan menampilkan rekaan seperti Beads Planet dan Cavo. Perubahan fesyen terutamanya dalam industri barangan kemas yang pantas menyebabkan HABIB sentiasa tampil kreatif dalam penghasilan rekaan yang unik dan versatil. Tahun 2021 memperlihatkan perubahan rekaan yang ketara dengan penghasilan rekaan seperti Amore dan Grafetta yang berbeza daripada rekaan yang sedia ada. Malahan rantai leher yang sewaktu awal diperkenalkan adalah bersaiz labuh, kini ditawarkan pelbagai pilihan panjang dan berat mengikut citarasa para pelanggan.
Jika dahulu Koleksi Oro Italia 916® menawarkan rekaan yang berat dan padu, namun rekaan terkini termasuk jenis sederhana dan ringan dengan julat harga berpatutan, menjadikan koleksi ini mampu milik oleh semua golongan. Malahan, rekaan untuk bayi dan kanak-kanak jugak lebih diketengahkan, memberi peluang untuk para ibu untuk bergaya sedondon bersama anak-anak. Malahan, koleksi Oro Italia 916® telah berkembang dengan kini menampilkan pelbagai jenis rekaan baru seperti rantai kaki yang moden dan selesa untuk digayakan.
Selain dari terkenal dengan hasil kerja tangan yang berkualiti tinggi dan kemas, rekaan Oro Italia 916® juga ada antaranya yang menggunakan kemasan yang berbeza seperti ‘high polish’ dan ‘diamond cut’. Tambahan pula, koleksi rantai terbaru yang menawarkan rantai berbentuk candelier adalah suatu kelainan yang dibawakan pada kali ini. Melalui proses ‘cataphoresis lacquer’ di mana proses ini menambah warna tambahan pada emas tanpa mengubah kandungan logam emas atau berat produk menjadikan rekaan ini lain daripada yang lain.
Rantai leher candelier gabungan emas 916 berwarna kuning dan merah diinspirasikan daripada Mangalsutra menampilkan ciri klasik kontemporari
Di samping itu, pemilihan Francisca Luhong James, Miss Universe Malaysia 2020 sebagai penghias wajah kempen ini adalah satu pilihan yang tepat buat HABIB kerana perjuangan beliau dalam memperkasakan dan memperjuangkan golongan wanita adalah sesuatu yang disokong kuat oleh HABIB. Perhiasan yang digayakan oleh wanita bukan sahaja melengkapkan gaya namun dapat menambahkan keyakinan dalam menjalani aktiviti seharian.
Bersempena dengan Kempen Oro Italia 916® yang berlangsung sekarang sehingga 30 November di seluruh bilik pameran HABIB ini, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan rekaan-rekaan menarik yang ditawarkan oleh HABIB. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang kami di www.habibjewels.com dan ikuti kami di laman sosial rasmi Instagram (@habibjewelsofficial) dan Facebook (@HABIB).
Spread the love