(SEMASA) PENGEMBARAAN KULINARI PULANG KE DESA: RAIKAN CITA RASA BUFET RAMADAN 2027 KUALI KAMPUNG DI MICASA ALL SUITE HOTEL KUALA LUMPUR

Spread the love

KUALA LUMPUR, 19 November 2026 – Apabila senja mula menyelimuti ibu kota dan laungan azan menandakan tibanya waktu berbuka puasa, Shiso Dining di MiCasa All Suite Hotel Kuala Lumpur bakal menawarkan suasana berbuka yang diserikan dengan warisan, kemesraan dan semangat kebersamaan menerusi Bufet Makan Malam Cita Rasa Kuali Kampung sempena Ramadan 2027.

Mengangkat keistimewaan masakan tradisional dan kekayaan warisan kulinari Malaysia, bufet ini mengajak keluarga, sahabat handai, rakan sekerja serta insan tersayang berkumpul menikmati hidangan bersama dalam suasana yang penuh nostalgia. Pengalaman kulinari ini mengetengahkan gabungan cita rasa masakan kampung dan sajian antarabangsa, sekali gus memberikan pilihan hidangan yang memenuhi selera pelbagai lapisan pengunjung.

Bagi mereka yang menggemari hidangan tempatan dan serantau, antara sajian istimewa yang disediakan termasuk Dome Lautan Seafood, Ayam Percik yang berjus, Kurma Tulang Rawan yang empuk serta Aglio Olio Asari yang lazat.

Pilihan hidangan Barat turut melengkapkan pengalaman bufet menerusi sajian seperti Salmon Wellington dengan Sos Krim Daun Bawang (Leek), Lamb Shepherd’s Pie yang mengenyangkan serta Chicken Mac & Cheese yang menjadi kegemaran ramai.

Tidak lengkap pengalaman menikmati cita rasa Kuali Kampung tanpa sajian tradisional yang membangkitkan nostalgia. Antara tarikan yang menanti pengunjung termasuk Apam Balik Warisan, Dodol Warisan, Bahulu Zamanku, Jajan Warisanku dan Manisan Warisan, selain pelbagai pilihan kuih-muih tradisional buatan tangan yang disediakan dalam aneka bentuk dan warna.

Kepelbagaian hidangan tersebut bukan sekadar menawarkan pengalaman menjamu selera, malah membawa pengunjung mengimbau kembali kenangan manis menikmati juadah tradisional bersama keluarga. Gabungan resipi warisan, sajian tempatan dan pilihan antarabangsa menjadikan bufet ini satu pengalaman kulinari yang meraikan kekayaan budaya serta tradisi masyarakat Malaysia.

Bufet Makan Malam Cita Rasa Kuali Kampung di Shiso Dining, MiCasa All Suite Hotel Kuala Lumpur bukan sekadar menawarkan hidangan berbuka puasa, sebaliknya menjadi ruang untuk meraikan perpaduan, mengeratkan hubungan dan mencipta kenangan bersama insan tersayang menerusi sajian yang mengetengahkan keistimewaan cita rasa serta warisan kulinari tempatan.

Bagi memeriahkan sambutan Ramadan 2027, MiCasa All Suite Hotel turut menawarkan promosi tempahan awal Beli 1 Percuma 1 untuk 10 hari pertama, dengan harga biasa bufet ditetapkan pada RM188 bersih bagi setiap orang dewasa.

Pengunjung yang berminat untuk menikmati pengalaman berbuka puasa ini boleh membuat tempahan menerusi WhatsApp Shiso Dining di +6017 219 6126 atau e-mel ke fnbkul@micasahotel.com.

Bagi tempahan berkumpulan dan pembelian baucar, pertanyaan boleh dibuat menerusi talian +60 14-757 9866 atau e-mel infokuli@micasahotel.com.

Terletak di MiCasa All Suite Hotel, 368B Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Shiso Dining menjemput orang ramai untuk menjadikan Ramadan 2027 lebih bermakna menerusi pengalaman berbuka puasa yang menggabungkan keistimewaan masakan warisan, kepelbagaian cita rasa dan kemesraan sebuah pertemuan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *