CHONGQING, 21 NOVEMBER 2026 – Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. terus memperkukuh kedudukannya dalam industri permotoran Malaysia menerusi pelancaran tiga model motosikal terbaharu daripada jenama Cyclone, Benda dan Benelli, di samping memperkenalkan logo serta identiti korporat baharu syarikat.
Pengumuman itu dibuat dalam Majlis Makan Malam Gala pada 21 November 2026 di Le Méridien, Nan’an, Chongqing, China, sempena program TOP 68 Dealers’ Educational Tour Sales Campaign, yang menghimpunkan pengedar terbaik Mforce seluruh Malaysia.
Daripada Cyclone Malaysia, model Cyclone RT450 diperkenalkan sebagai sebuah skuter maxi yang menggabungkan prestasi enjin dua silinder 4-lejang DOHC 8-injap berkapasiti 398 cc dengan transmisi CVT automatik. Model ini ditawarkan pada harga RM27,988.00 dengan tiga pilihan warna iaitu Alabaster White, Prestige Black dan Strong Grey.
Seterusnya, Benda Malaysia memperkenalkan Benda Chinchilla 250 CVT yang hadir dengan enjin V-Twin dua silinder 4-lejang SOHC 8-injap berkapasiti 249 cc. Dengan harga RM18,888.00, model ini hadir dalam dua pilihan warna iaitu Eclipse Black dan Storm Grey.
Sementara itu, Benelli Malaysia pula memperkenalkan Benelli TRK 902Xplorer yang dikuasakan oleh enjin dua silinder 4-lejang DOHC 8-injap berkapasiti 904 cc, mampu menghasilkan kuasa maksimum 68.5 kW pada 9,000 rpm dan tork maksimum 90 N.m pada 6,500 rpm. Benelli TRK 902 Xplorer ditawarkan pada harga RM45,888.00 dengan dua pilihan warna iaitu Slate Grey dan Stealth Green.
Ketiga-tiga model ini bakal berada di pasaran Malaysia menerusi rangkaian pengedar sah Mforce bagi jenama Cyclone Malaysia, Benda Malaysia dan Benelli Malaysia di seluruh negara tidak lama lagi.
Dengan setiap pembelian Cyclone RT450, Benda Chinchilla 250 CVT atau Benelli TRK 902Xplorer, para pembeli boleh menikmati waranti selama 2 tahun. Perlindungan komprehensif penuh merangkumi tempoh 2 tahun atau sehingga 20,000 km (yang mana terdahulu). Sekiranya perbatuan melebihi 20,000 km dalam tempoh 2 tahun tersebut, komponen enjin kekal dilindungi di bawah waranti perbatuan tanpa had bagi baki tempoh waranti yang ada.
Selain itu, para pembeli juga boleh menikmati perkhidmatan pembelian alat ganti tulen secara dalam talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. dengan menghubungi +60 12-485 0133.
Tertakluk kepada terma dan syarat.
*Nota Penting: Semua spesifikasi dan ciri-ciri model motosikal yang dinyatakan mungkin berubah dari masa ke masa. Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. akan memaklumkan sebarang perubahan yang berkaitan selepas motosikal ini berada di pasaran Malaysia.
18 TAHUN PERJALANAN ‘MOVING FORWARD’: IDENTITI BAHARU UNTUK ERA SETERUSNYA
Pada majlis yang sama, Mforce turut memperkenalkan logo dan identiti korporat baharu sebagai simbol evolusi syarikat selepas 18 tahun membina kepercayaan, memperluas rangkaian perniagaan dan menyumbang kepada industri permotoran Malaysia. Logo ini rasmi diperkenalkan oleh Dato’ Sri Tan Lean Heah, Pengarah Urusan Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd., bersama Encik Asri Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.
Menampilkan reka bentuk yang moden, logo baharu ini menggabungkan garisan bersudut condong aerodinamik serta tata taip yang tegap, menggambarkan pergerakan pantas sebagai simbol kelajuan, ketangkasan dan prestasi yang sinonim dengan dunia permotoran.
Selain menyerlahkan imej korporat yang lebih progresif, pembaharuan ini turut mencerminkan aspirasi Mforce untuk terus bergerak maju, seiring dengan perkembangan teknologi terkini dan perubahan keperluan pasaran, selaras dengan slogan syarikat, “Moving Forward”.
Ditubuhkan pada tahun 2008 oleh Dato’ Sri Tan Lean Heah, Mforce telah berkembang menjadi antara pengedar motosikal terbesar dan peneraju industri permotoran di Malaysia. Kini, Mforce mewakili pelbagai jenama antarabangsa termasuk Benelli, Keeway, Morbidelli, Benda, QJMOTOR, SYM, Brixton, Moto Morini, Cyclone, Voge, ARIIC, X-Wedge, ZXMOTO dan Yadea, selain membangunkan jenama tempatan sendiri iaitu SM Sport dan WMOTO.
Perkembangan Mforce turut merangkumi aktiviti eksport motosikal ke beberapa negara Asia, disokong oleh Sunlight Power Sdn. Bhd., fasiliti pemasangan motosikalnya yang ditubuhkan pada tahun 2017 dan merupakan antara yang terbesar di Pulau Pinang. Kemudahan ini memperkukuh ekosistem industri serta menyokong pertumbuhan kumpulan syarikat.
Dengan pembaharuan identiti korporat baharu ini, Mforce terus komited untuk memperkukuh kedudukan di pasaran tempatan dan serantau melalui penawaran motosikal yang berkualiti, berteknologi moden dan memenuhi keperluan penunggang, di samping mempererat hubungan strategik serta meningkatkan pengalaman pelanggan.
