Jika disebut nama David Teo, dia amat sinonim dengan petikan pantun dalam bentuk 2 rangkap setiap kali mengakhiri ucapan setiap majlis atau malam tayangan perdana setiap filem keluaran MIG. Seorang ahli perniagaan merangkap penerbit/ketua pegawai eksekutif Metrowealth (MIG) tidak penah lokek dengan senyuman setiap kali beramah mesra dengan tetamu, rakan media dan juga peminat-peminat tegar filem keluaran syarikat MIG dan seringkali bersikap optimis terhadap cabaran dalam dunia penerbitan filem dan drama di Malaysia. Jika penerbit-penerbit lain bersikap berhati-hati dalam penerbitan atau pembuatan filem, Mejar (K) David Teo senangtiasa yakin dengan hala tuju penerbitan syarikat beliau iaitu Metrowealth (MIG). Read more →
Category: Hiburan
(HIBURAN) ‘KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA’ 3 – 9 MAC 2014 PANGGUNG SARI, ISTANA BUDAYA, KUALA LUMPUR
Bagai turun dari kayangan, saat yang diimpikan oleh para pencinta seni, tiga insan permata seni tanahair akan menerangi pentas Panggung Sari, Istana Budaya, bersatu hati dalam merealisasikan sebuah pementasan teater muzikal.
Awie, antara penyanyi genre rock dan pop terbaik tanahair, nama beliau sudah sinonim dengan pementasan teater dan populariti di layar perak. Read more →
(HIBURAN) Filem “Kami Histeria” gabungkan ramai heroin
Gandingan ramai pelakon perempuan bakal menjadikan filem ini meletup, garapan skrip segar oleh Rafidah Abdullah dan arahan pengarah baru Shamyl Othman menjadikan gabungan 5 pelakon utama seperti Diana Danielle sebagai Laila, Sara Ali sebagai Bad, Nad Zainal sebagai Peanut, Mila Jirin sebagai Airin dan Umie Omar sebagai Jojo riuh dengan jeritan. Antara pelakon lain yang turut terlibat adalah Nur Fazura sebagai Cik Lang, Izzue Islam sebagai Pit, Afdlin Shauki sebagai Afdlin Shauki serta penampilan khas Sathia, Caca Raja Lawak, P.Jegan, Prakash Danie, Shahrizal Jaszle, Daphne Iking, Liyana Fizi, Loque,Bunkface, DJ Shac, Linda Rafar,dan Syafinaz Selamat. Read more →
(HIBURAN) ASTRO FIRST EKSKLUSIF membawa aksi ngeri dan cemas menerusi QADR dan PANIK
ASTRO FIRST memulakan tahun baru dengan bertenaga apabila bakal menampilkan dua filem televisyen (FTV) definisi tinggi (HD) iaitu QADR dan PANIK. Read more →





