(HIBURAN) Alvin Anthons hadir dengan “Sally”

Spread the love

IMG_5840gmo

Alvin Anthons yang merupakan anak didik komposer terkenal iaitu Ajai hadir dengan single kedua ciptaan komposer tersebut iaitu ” Sally”. Lagu ini merupakan single kedua selepas lagu single pertama beliau yang bertajuk ” Berdua “. Pihak pengurusan beliau Wake The Baby telah menjemput pihak media untuk sesi santai petang bersama penyanyi ini di Sri Suria Curry House. Restoran yang menghidangkan makanan masakan kaum india ini mendapat inspirasi dari masakan ibu Alvin sendiri dan lokasinya terletak di PJ21 SS3/39 Kelana Jaya.

alvin kedaismallPihak media juga telah dipertontonkan dengan klip video “Sally” yang telah menjalani penggambaran di Indonesia pada bulan Mac. Bercakap mengenai cabang seni yang lain, Alvin menjelaskan beliau telah pun selesai menjalani pengambaran dalam sebuah drama arahan Azwan Ali yang dijangka ditayangkan dalam 2 minggu akan datang, disamping masih mengekalkan penglibatan didalam dunia pengiklanan di mana beliau pernah menjadi model iklan untuk beberapa iklan komersial antaranya Digi, Sunsilk, Nike dan banyak lagi. Bercakap mengenai album penuh bahasa melayu beliau, Alvin dan pihak pengurusan Wake The Baby bakal melancarkan album tersebut pada bulan Julai ini yang menampilkan 8 lagu kesemuanya dan diterbitkan sepenuhnya oleh Ajai. Memuatkan 4 buah lagu solo baru, sebuah remix kolaborasi bersama Filsuf dan Syko G dan juga lagu raya yang pernah dipopularkan oleh Dato DJ Dave (rakaman semula ) berjudul ” Menjelang Hari Raya”. Beliau juga bercadang untuk membuat majlis berbuka puasa bersama 50 wanita yang mempunyai pangkal nama SALLY yang masih belum dimuktamadkan lagi lokasi dan tarikhnya. Namun ia bakal dimaklumkan oleh pihak pengurusan beliau kelak.

alvin BTSsmall


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *