(HIBURAN) ANUAR ZAIN ALBUM TOUR 2017 DAN MUZIK VIDEO “CINTA TAKKAN BERAKHIR”

Spread the love

Kredibiliti Anuar Zain sebagai penghibur tanah air yang berpengalaman lebih dari 30 tahun dalam industri ini serta pelbagai kejayaan yang telah diraih oleh beliau telah membuka pelbagai ruang bagi kerjaya seninya. Anuar Zain yang sangat mementingkan karya-karya segar dan berkualiti tidak pernah lelah untuk muncul dengan sesuatu yang istimewa buat para pendengar muzik tanah air terutama sekali kepada semua peminat beliau.
Sebagai seorang penghibur yang memiliki pengalaman luas dalam bidang nyanyian khususnya, figura yang muncul dengan album baharu berjudul “Anuar Zain” pada tahun lalu amat menitikberatkan urusan promosi bagi album beliau.

“Album ini adalah salah satu produk terbaru daripada syarikat saya. Oleh itu saya dan pihak pengurusan perlu memastikan urusan promosi album ini berjalan dengan lancar. Harapan kami agar semua pencinta muzik tanahair dan peminat akan dapat bersama menyimpan kenangan mereka bersama album ini,” kata Anuar lagi.

Rangkaian promosi Anuar Zain Album Tour 2016 yang dijalankan bersama pihak MYDIN di enam buah lokasi terpilih di seluruh Malaysia melalui lagu “Andainya Takdir” tahun lalu telah memberikan impak dan kejayaan yang besar bagi urusan promosi album ini.

Dengan kejayaan dan sambutan hangat yang di luar jangkaan, pihak MYDIN sekali lagi berbesar hati untuk menjalin kerjasama bersama Anuar Zain Network Sdn Bhd untuk meneruskan promosi sekali gus memberi peluang peminat yang tidak berkesempatan beramah mesra dan memiliki album Anuar Zain, akan dapat menikmatinya pada tahun 2017.

“Di dalam situasi di mana album artis tempatan sukar untuk diperolehi di toko-toko muzik, saya berasa amat bertuah kerana pihak Mydin akan terus menjadi outlet bagi para peminat yang ingin mendapatkan album ini seterusnya memudahkan mereka untuk melengkapkan koleksi album saya sehingga kini,” ujar beliau.

Memilih untuk menggunakan jenama “Anuar Zain Album Tour 2017”, pihak MYDIN akan terus menjadi penaja lokasi di beberapa pasaraya terpilih ini turut mendapat kerjasama daripada pihak penaja lain termasuk produk terkenal Wonder Glow, Head & Shoulder, Nesface dan Classic Billboard untuk memantapkan lagi rangkaian promosi pintar pada tahun ini.

Istimewanya juga, selepas hanya menjalankan promosi di Semenanjung Malaysia pada tahun lalu,Anuar Zain Album Tour 2017 akan mendekati para peminat di tiga lokasi terpilih MYDIN di Kuching, Sarawak, manakala tiga lagi lokasi di Semenanjung.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana Anuar Zain Album Tour 2016 mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dengan sokongan yang diberikan oleh semua. Ternyata, rangkaian promosi seumpama ini iaitu bertemu peminat secara khusus dan melakukan persembahan di hadapan mereka masih memberikan impak yang kuat terhadap kerjaya dan penjualan karya saya. Hasilnya, MYDIN dengan kerjasama beberapa penaja lain akan terus menyokong promosi pintar ini dengan nama Anuar Zain Album Tour 2017 pula,” kata Anuar.

Tidak pernah lelah untuk memberikan yang terbaik dan buah tangan yang baharu pada semua, ternyata Anuar Zain serta Anuar Zain Network Sdn Bhd telah bersedia untuk melancarkan single keduanya yang juga merupakan kesinambungan klip video lagu “Andainya Takdir”. Single kedua dengan judul “Cinta Takkan Berakhir” ciptaan Numata (Inu, Mhala dan Tantra) ini mendapat sentuhan daripada pengarah Amor Rizan.

“Saya amat berterima kasih kepad semua yang terlibat didalam menjayakan lagu ini, serta team produksi muzik video yang begitu komited dan memberikan hasil kerja yang begitu bermakna buat saya dan Anuar Zain Network Sdn. Bhd,”kata Anuar.

Muzik video ini yang dibintangi oleh Sharifah Sakinah, Puteri Balqis Azizi, Eyra Hazali, Syafiq M.Nazri dan pelakon jemputan Faizal Hussin. Muzik video ini boleh ditonton di YouTube VEVO Anuar Zain – Cinta Takkan Berakhir bermula pada 26 Januari 2017 jam 11.00am.

“Dan sebagai hadiah kepada peminat, serentak dengan rangkaian promosi tersebut, saya akan melancarkan kesinambungan klip video “Andainya Takdir ” yang juga merupakan single kedua saya iaitu “Cinta Takkan Berakhir” daripada album terbaharu ini,” ujar Anuar Zain yang teruja dan berterima kasih terhadap sokongan serta kerjasama yang diberikan oleh semua pihak kepada Anuar Zain Network Sdn. Bhd.

“Klip video ini juga ditayangkan khas buat pertama kalinya kepada umum teristimewa kepada semua yang akan menyaksikan Yonder Music Live Series By The Lake – Anuar Zain & You pada 21hb Januari 2017 di Panggung Anniversari nanti” kata Anuar lagi.

Seperti rangkaian promosi pada tahun lalu, peminat akan dapat beramah mesra dan melihat persembahan Anuar menerusi Anuar Zain Album Tour 2017. Mereka juga boleh mendapatkan album dan tandatangan Anuar Zain semasa berlangsungnya Anuar Zain Album Tour 2017 nanti. Album juga boleh didapati di semua toko-toko muzik, rangkaian Mydin dan juga pembelian secara online di www.lazada.com.my.

Antara penaja lain yang terlibat di dalam menjayakan Anuar Zain Album Tour 2017 dengan memberi tajaan lokasi kepada sidang media ini ialah Hotel Le Meridien Kuala Lumpur dan seterusnya dua stesen radio terkenal negara iaitu Suria FM dan Cats FM sebagai rakan radio bagi promosi pintar ini.

“Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua pihak penaja dan juga kepada pihak media yang terus memberikan sokongan didalam kerjaya seni saya dan juga kerana membantu menyambungkan silaturahim antara album ini dan penggemar muzik tanah air di luar sana,” ujar Anuar Zain.

Sila layari platform media sosial Facebook dan Instagram Anuar Zain Network bagi mendapatkan berita terkini perjalanan seni Anuar Zain.

ANUAR ZAIN ALBUM TOUR 2017
ANUAR ZAIN NETWORK SDN BHD sekali lagi berkerjasama dengan MYDIN MOHAMED
HOLDINGS BERHAD sebagai penaja lokasi akan mengadakan ANUAR ZAIN ALBUM TOUR
2017 dilokasi seperti berikut:

12.02.17 2.30pm Mydin Samariang, Kuching, Sarawak
26.02.17 3.00pm Mydin Pulau Sebang, Melaka
05.03.17 3.00pm Mydin Parit Buntar, Perak
26.03.17 3.00pm Mydin Senawang, Negeri Sembilan
09.04.17 2.30pm Mydin City One, Kuching, Sarawak
TBA 2.30pm Mydin Vista Tunku, Kuching, Sarawak

Penjualan Album ini akan diteruskan di 45 buah cawangan Mydin di Malaysia.
Dengan setiap pembelian CD di Mydin, anda akan berpeluang untuk bertemu Anuar Zain di
sessi “Meet & Greet” yang akan diadakan di setiap di lokasi seperti yang dinyatakan diatas.
Anuar Zain juga akan mengadakan persembahan bagi menghiburkan peminat beliau di
setiap lokasi tersebut.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mydin.com.my dan juga laman facebook dan
instagram anuarzainnetwork.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *