(HIBURAN) ‘ASTRO SHAW LANCAR RANGKAIAN PROMOSI POLIS EVO’

Spread the love

 IMG_4547

Kuala Lumpur, 5 Ogos 2015 – Kemunculan filem-filem Astro Shaw bagi tahun 2015 ternyata merancakkan lagi industri perfileman Malaysia. Terbaru, pasti para peminat filem aksi sudah tidak sabar menantikan buah tangan terbaru Astro Shaw iaitu Polis Evo! Bagi menghangatkan lagi bahang filem Polis Evo yang akan menjengah di layar perak pada 17 September 2015 nanti, Astro Shaw selaku penerbit telah merangka langkah promosi dan pemasarannya secara menyeluruh menerusi trailer rasmi filem, muzik video, sesi jelajah, aplikasi permainan, laman sesawang dan koleksi cenderahati eksklusif bagi memperluaskan promosinya kepada orang ramai. Rangkaian promosi yang secara menyeluruh ini diharap dapat membantu mengubah industri perfileman tempatan ke arah satu paradigma yang baru dan menghidupkan kembali filem tempatan setanding dengan filem luar.   

IMG_4681

Filem yang digarap oleh pengarah terkemuka Ghaz Abu Bakar ini bakal menampilkan barisan pelakon hebat tanah air seperti Shaheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish, Allahyarham Harun Salim Bachik, Mimi Ernida, Wan Hanafi Su, Ayie Hushairi, Pablo Amirul, Yuzz Murai, Amerul Affendi, Eyka Farhana dan ramai lagi.

“Polis Evo” merupakan filem bergenre aksi dan ia memaparkan kisah dua anggota polis,  Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah. Berjayakah Sani dan Khai menyelesaikan misi mereka bersama?

IMG_4759

Menurut Naib Presiden dan Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, “Kali ini kami tampil dengan pembaharuan dari segi strategi promosi dan pemasaran di mana kami melakukan promosi secara berterusan menerusi trailer rasmi filem, muzik video, sesi jelajah, aplikasi permainan interaktif, laman sesawang dan koleksi cenderahati eksklusif selain menggunakan medium promosi seperti media sosial, cetak, elektronik, televisyen dan radio.  Kami berharap melalui strategi promosi yang dirangka dengan baik ini membolehkan bahang filem Polis Evo dirasai dan menaikkan keterujaan penonton untuk menyaksikan filem ini. Kami juga berharap ia mampu menarik perhatian serta menjadi bualan ramai.”

IMG_4744

“Sebagai tanda penghargaan secara terus kepada peminat filem tanah air, kami tampil dengan siri jelajah yang mendekatkan peminat dengan pelakon Polis Evo serta memberi peluang kepada orang ramai menonton filem Polis Evo yang belum ditayangkan di pawagam dengan hanya membeli tiket eksklusif. Lebih menarik mereka dapat menonton bersama pelakon-pelakon yang hadir dalam suasana yang sangat santai. Kami harap, ini dapat memberikan satu pengalaman luar biasa kepada peminat filem tanah air dan ini dapat mendekatkan masyarakat dengan filem,” tambah Najwa Abu Bakar lagi.

IMG_4589

Treler Rasmi

Selepas muncul dengan poster penuh dramatik, pihak penerbit filem menyiarkan treler Polis Evo di pawagam serta di YouTube serentak mulai 3 Ogos 2015.

IMG_4645

Lagu Tema Filem (OST) & Muzik Video

Salah satu promosi filem ini adalah dengan mengetengahkan OST filem yang berperanan mengangkat dan mempertaruhkan tema filem yang penuh aksi. Ianya juga secara tidak langsung memberi input kepada peminat filem mengenai inti cerita filemnya melalui kapsyen yang dipaparkan.

Lagu yang bertajuk “Evo” ini merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Audi Mok dan dinyanyikan oleh Joe Flizzow dan SonaOne. Lagu yang berentak ‘up beat’ ini mampu mengajak semua peminat untuk mendengar dan menikmati setiap bait liriknya yang begitu dekat dengan jiwa para pendengar di Malaysia dari mula hinggalah ke minit yang terakhir. Lagu ini sesuai dengan kisah filem yang mengangkat martabat, tema kehidupan dan cabaran sebagai anggota polis.

Manakala tempoh pembikinan muzik video ini hanya mengambil masa lebih kurang dua minggu sahaja untuk disiapkan. Muzik video tersebut merupakan muzik video lirik dan akan dimuat naik di laman web perkongsian video YouTube pada 3 Ogos 2015.

Siri Jelajah Polis Evo

Bahang Polis Evo disemarakkan lagi dengan siri jelajah daripada barisan pelakon Polis Evo. Siri jelajah mempromosikan Polis Evo ini akan diadakan di lima buah negeri bermula 28 Ogos 2015. Siri jelajah ini akan bergerak di lokasi dan pada tarikh berikut:

Tarikh Waktu Lokasi
28 Ogos 2015 3.00 petang Plaza Angsana Mall, Johor Bahru
5.00 petang City Square Mall, Johor Bahru
8.00 malam Jusco Tebrau City Mall, Johor Bahru
29 Ogos 2015 4.00 petang Dataran Pahlawan Mall, Melaka
5.30 petang Mahkota Parade Mall, Melaka
11 September 2015 4.00 petang Kinta City Mall, Perak
12 September 2015 3.00 petang Queens Bay Mall, Penang
6.00 petang Bukit Jambul Mall, Penang
8.45 malam Seberang Prai Mall, Penang
13 September 2015 3.00 petang Aman Jaya Mall, Sungai Petani

 

Selain berhibur dan beramah mesra dengan para pelakon, orang ramai juga dapat menyertai pelbagai aktiviti menarik bersama bintang-bintang pujaan mereka. Lebih istimewanya lagi siri jelajah ini turut memberi peluang kepada peminat di luar sana untuk menjadi penonton terawal filem Polis Evo sebelum ia berada dilayar perak dan menyaksinya bersama barisan pelakon dengan hanya membeli tiket eksklusif filem Polis Evo. Peminat boleh dapatkan info mengenai tiket eksklusif ini menerusi laman sosial Astro Shaw.

Aplikasi Permainan

Astro Shaw dengan kerjasama Astro Go Play muncul dengan peranti permainan terbaru yang dinamakan sebagai Polis Evo Game. Aplikasi Polis Evo Game adalah hadiah istimewa daripada Astro Shaw buat peminat filem aksi terhebat Astro Shaw buat tahun 2015. Objektif permainan ini adalah untuk mengukur sejauh mana karakter utama bertahan dan mengutip mata tertinggi. Permainan aplikasi ini menampilkan watak-watak yang mempunyai pelbagai fungsi penting yang membantu pemain mengatur strategi untuk menyerang pemain lain atau mendominasi markah tertinggi.

Cara bermain aplikasi percuma ini sungguh mudah. Pemain hanya perlu memilih karakter-karakter utama dalam Polis Evo dan mulakan misi untuk menumbangkan sindiket dadah. Lengkapkan semua misi Operasi Khas untuk mendapatkan senjata dan peralatan baru. Selain itu, pemain boleh mencabar kawan mereka dalam carta kedudukan dengan selaraskan serangan atau rekrut rakan-rakan Cop.

Permainan mudah alih ini kini berada dalam aplikasi Android. Manakala bagi aplikasi iOS boleh di muat turun tidak lama lagi. Untuk keterangan lanjut sila layari www.astro.com.my/apps/goplay.

1)  Klik pada App Store atau Play Store untuk memuat turun atau melayari di laman sesawang www.astro.com.my/apps/goplay

2)  Cari aplikasi  Polis Evo Game

3)  Klik dan mula muat turun

Laman sesawang

Turut memperkenalkan laman sesawang Polis Evo sendiri iaitu www.polisevo.com. Para peminat boleh berinteraksi dan mengikuti perkembangan filem Polis Evo di laman sesawang ini. Turut memudahkan peminat, segala info terbaru  mengenai filem dan barisan pelakon Polis Evo akan dipaparkan di dalam laman ini. Di samping itu klip-klip video eksklusif, gambar di sebalik tabir, sinopsis filem, watak dan karakter lakonan serta reviu juga disediakan di laman sesawang Polis Evo.

Koleksi Cenderahati Eksklusif

Astro Shaw tidak ketinggalan menyediakan pelbagai cenderahati dan barangan eksklusif Polis Evo buat peminat di luar sana. Pelbagai barangan cenderahati seperti Baby Rompers, Hoodies,  kemeja-T, kemeja lengan panjang dan kemeja berkolar dengan harga yang murah.  Para peminat filem dan terutamanya penggemar pengumpul koleksi cenderahati boleh dapatkan barangan eksklusif ini di laman sesawang Polis Evo, www.polisevo.com.

Penaja

Filem Polis Evo ini turut mendapat tajaan daripada Prince Lubricant, GT Radial, Ultra Racing, Escape Room, Hari Hari, Ninebot, Kart X dan Supercool. Radio Era FM juga turut menghulurkan sokongan padu mereka yang tidak berbelah bahagi bagi menjayakan filem Polis Evo ini selaku radio rasmi.

Nantikan filem Polis Evo yang akan menemui para penonton melalui pawagam di seluruh negara, mulai 17 September 2015. Layari laman web rasmi www.polisevo.com dan www.facebook.com/AstroShaw serta laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta Youtube AstroShaw untuk berita dan informasi terkini. Pengguna laman sosial boleh menggunakan tanda pagar #PolisEvo bagi menyemarakkan lagi bahang Polis Evo.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *